Aslkm wbt
Tutorial
Sila tonton link berkenaan dan buat ulasan berkaitan dengan kepentingan akidah yang benar kepada umat Islam 1komen untuk video dan 1 komen daripada komen rakan-rakan.
https://www.youtube.com/watch?v=zQGHQWAkItY
https://www.youtube.com/watch?v=ypK28z6nNBQ
ZULFA NAIMAH BINTI ISKANDARADLY
ReplyDeleteA210502066
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Kaum muslimin yang mengetahui bahwa mengerjakan sihir hukumnya adalah haram, termasuk segala dari perbuatan syirik. Kerana syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang yang akan mempelajari sihir merupakan perbuatan kufur dan syirik kepada Allah SWT. Syarat-syarat itu pun sayangnya tidak diketahui oleh kaum muslimin sebagai sesuatu yang haram dan sebagai wujud kesyirikan kepada Allah. Allah juga berfirman:
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
“Dan sebagian besar manusia tidak beriman (dengan iman yang benar) walaupun kamu sangat menginginkannya” [Yusuf/12:103].
Kepentingan Aqidah dalam kehidupan Muslim ;
1. Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk penyelewengan.
2. Ianya adalah dasar dan tunjang. Yang lain ibarat cabang dan ranting. Mati dasar maka akan matilah ranting dan cabangnya.
3. Ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT. FirmanNya: ”Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.
(Surah Az-Zariyat; ayat 56)
SAIDATUL NADIA BINTI IDRIS
DeleteA201503078
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Dan perbuatan membaca ramalan zodiak, ramalan tarikh lahir, tahi lalat, tahun kelahiran, feng shui dan seumpamanya adalah perbuatan sihir . Dan orang yang mencipta ramalan2 ni dipanggil dukun @ ahli nujum.
ReplyDeleteNazira Hanim bt Ismail
A201502060
(sk063)
dalam video ini menerangkan
- berdoa kepada orang yang telah mati
- berjumpa dengan bomoh
- yakin pada azimat
- percaya pada nasib malang
- menyebah selain Allah
kebanyakkan masyarakat tidak memandang perkara ini dengan serius . mereka kerap melakukan perkara yang menyekutukan Allah s.w.t demi mendapat apa yg diinginkan mengamalkan perbuatan khurafat walaupun dunia sekarang sudah seiring dengan teknologi moden .
kepentingan aqidah menepati syariah adalah untuk menyelesaikan masalah .
segala yang dituntut oleh Allah s.w.t dalam Al-quran dan hadis menjadi landasan kepada umat islam dalam menjalani kehidupan di dunia
NURUL AKMA SYAFIKAH BINTI ABDUL GHANI – A201502055 ( SK 063 )
DeleteSaya setuju mengenai ulasan berkenaan kebanyakkan masyarakat tidak memandang perkara ini dengan serius. Mereka kerap melakukan perkara yang menyekutukan Allah s.w.t demi mendapat apa yg diinginkan sehingga mengamalkan perbuatan khurafat walaupun dunia sekarang sudah seiring dengan teknologi moden. Hal ini dipertakan demikian adalah kerana kejahilan adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim. Selain itu, terlalu tabsub terhadap kepentingan peribadi bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya sehingga terlibat dengan gejala mungkar.
NURUL AKMA SYAFIKAH BINTI ABDUL GHANI – A201502055 ( SK 063 )
DeleteSaya setuju mengenai ulasan berkenaan kebanyakkan masyarakat tidak memandang perkara ini dengan serius. Mereka kerap melakukan perkara yang menyekutukan Allah s.w.t demi mendapat apa yg diinginkan sehingga mengamalkan perbuatan khurafat walaupun dunia sekarang sudah seiring dengan teknologi moden. Hal ini dipertakan demikian adalah kerana kejahilan adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim. Selain itu, terlalu tabsub terhadap kepentingan peribadi bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya sehingga terlibat dengan gejala mungkar.
NURUL AKMA SYAFIKAH BINTI ABDUL GHANI – A201502055 ( SK 063 )
ReplyDeleteWaalaikumusalam w.b.t
Berdasarkan video tersebut, ulasan saya berkaitan dengan kepentingan akidah yang benar kepada umat islam adalah akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahteraan kehidupannya. Akidah atau disebut juga sebagai Iman ialah satu ikatan atau janji yang kukuh. Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh terungkai sekali-kali sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh didalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Imam Syafie r.h. menyatakan bahawa iman itu tiga perkara; berikrar dengan lidah, membenar dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Sebagai seorang muslim wajiblah kita memelihara iman daripada rosak dan binasa. Wajiblah kita belajar kerana dengan berilmu sahaja kita dapat mengenal jalan iman dan menghapus kejahilan. Kejahilan akan mendorong kita kepada kesesatan. Kesesatan akan membawa kita kepada dosa dan neraka. Umat Islam yang tidak mempunyai aqidah yang kukuh akan mudah terpesong dan menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar. Bukan itu saja, ia akan menjadi anggota masyarakat yang tamak kerana cintakan dunia, pengecut kerana takutkan manusia, liar kerana tiada pegangan, tidak jujur kerana tidak mengenal dosa dan membawa pelbagai lagi masalah dan kerosakan yang merugikan pelbagai pihak. Aqidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Jika aqidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam api neraka.
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletenoradila bukhari
Deletea201503080
saya sangat bersetuju dengan pendangan nurul akma syafikah.Hal ini kerana aqidah merupakan perisai yang amat kuat bagi seorang muslimin. Selain itu, aqidah juga dapat menyelamat kan seorang islam di akhirat kelak.
NUR SYUHAILA BINTI ZAKINAJIB
ReplyDeleteA201502061
SIJIL KEUSAHAWANAN (SK063)
Pada pendapat saya, manusia dicipta adalah untuk menyembah Allah SWT semata-mata. Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain yang menghidupkan, mematikan, menyembuhkan, memberikan rezeki, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberikan bantuan dan sebagainya selain Allah adalah syirik. Begitu juga memberikan nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya juga adalah syirik. Selain itu, doa atau apa jua bentuk sembahan sama ada menyembelih, bernazar, takut, berharap, cinta dan sebagainya yang dilakukan untuk selain Allah adalah syirik. hal ini adalah kerana syirik adalah sebesar-besar dosa dan tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik.
Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Jika akidah terpesong, maka runtuhlah pegangan Islam seseorang itu. Akidah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. hal ini kerana akidah adalah penggerak dalam mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Oleh itu, akidah yang lemah akan mengakibatkan seseorang itu mudah dipengaruhi dengan gaya hidup negatif dan dan dalam masa yang sama akan merosakkan akal fikiran seseorang muslim itu.
kalau percaya pada tangkal, sesuatu benda yang bembawa sial dan sumpah selain keatas nama Allah pun pun tergolong dalam syirik kepada Allah. Oleh itu, hati-hati dengan setiap perbuatan kita. Takut nanti secara tidak sedar, kita pun sama tergolong dalam golongan tersebut(Nauzubillah).
Deletenor shahirah atiqah binti mustafa
Deletea201502046
saya bersetuju seperti dinyatakan oleh nur syuhaila bt zakinajib kita sebagai umat islam mempercayai Allah dan bukannya mempercayai selain Allah seperti syirik.Oleh itu kita sebagai umat islam seharusnya mempunyai akidah kerana amat penting supaya tidak mudah terpesong daripada pegangan islam.
AMIRUL AIDIL BIN YUSOF
ReplyDeleteA201502056
SIJIL KEUSAHAWANAN (SK3)
Berdasarkan video yang ditunjukkan di atas, kajian yang telah saya lakukan mempunyai banyak hasil yang buruk. Oleh itu, pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengelak atau seharusnya kita menjauhi perkara syirik dan khurafat ini. Antaranya adalah menguatkan lagi akidah dalam diri kita supaya lebih berjaga-jaga di masa hadapan. Sebagai umat islam, kita tidak seharusnya memandang rendah kepada fungsi akidah dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu menjaga akidah agar sentiasa berbuat baik. Antara kepentingan akidah yang benar kepada umat islam adalah dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh kepada perkara yang syirik dan khurafat. Selain itu, kita dapat mencegah perbuatan kufur dengan menggunakan lidah(percakapan), hati(nasihat) atau tangan(kuasa) secara mudah kerana mempunyai akidah yang benar. Disamping itu, akidah yang betul merupakan penyelamat kepada diri kita agar tidak terjurus kepada perbuatan yang kufur. Akhir sekali, akidah adalah sangat penting terhadap masyarakat kerana ia merupakan pintu keluar bagi orang yang menjadi pengikut terhadap perbuatan syirik lalu mahu mengubah haluan ke jalan yang benar.
Delete"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima ." [HR. Muslim no. 2230]
MUZAMIR BIN MOHD SAAD
ReplyDelete(A201502058)
SIJIL KEUSAHAWANAN (SK063)
Waalaikumusalam w.b.t
Dalam agama islam,keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan.Amalam-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar.Hal yang demikian,mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang kafir,tidak mahukan balasan pahala daripada tuhan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang telah menjadikan mereka.Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari akhirat.Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia.Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT iaitu agama islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti dirman-Nya :
Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT hanyalah Islam
(Surah Ali-Imran 3:19)
SITI NUR FARINA BT HASSIM
DeleteA201502047
SPAKK
Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara haram.Sentiasa berfikir kearah memperbaiki diri(musabah diri).Saidina Omar pernah berkata : Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisapkan dan timbanglah sebelum amalan kamu ditimbagkan.
This comment has been removed by the author.
Deletesaya bersetuju seperti yang dinyatakan oleh muzamir bin mohd saad
DeleteMOHAMAD SHAFIQ BIN MOHD MAZLAN
ReplyDelete(A201502059)
SIJIL KEUSAHAWANAN (SK063)
Pada pendapat saya,masyarakat melayu kini masih taksub dengan perkara-perkara syirik seperti dalam video itu. Walaupun mereka tahu akan akibat dari perbuatan mereka itu, demi mencapai keinginan mereka dengan segera, mereka sanggup memuja benda-benda kurafat. malah ada yang sanggup melakukannya demi menjatuhkan pesaingnya walaupun mereka sebangsa dan seagama. mereka ini jelas telah terpesong akidahnya. Semoga dibukakan pintu keinsafan dalam hatinya dan segera bertaubat.
Perbuatan yang keji ini semakin berleluasa di negara ini kerana kesanggupan mereka untuk terpengaruh amatlah tinggi. Perkara syirik ini datangnya dari sebuah organisasi atau masyarakat yang sudah lama terpesong akidahnya. Banyak kes yang telah terjadi dan sesetengah itu amatlah berbahaya kerana boleh mendatangkan kemudaratan atau kekhayalan yang tidak diingini.
DeleteNor atikah binti sulaiman
ReplyDeleteA201502041
Sijil pen.awal kanak-kanak
Assalammualaikum , apa yg sy faham daripada video itu ialah masyarakat kita sekarang terlalu taksub dengan perkara-perkara khurafat ini . Mereka berjumpa dengan dukun/bomoh hanya untuk mendapatkan sesuatu / memuaskan hatinya dengan menggunakan cara halus . sebagai contoh , apabila seseorang itu dengki melihat kejayaan orang lain . Dia berjumpa dengan bomoh untuk menjatuhkannya.ada segelitir masyarakat yang percaya dengan azimat /tangkal yang dapat melindungi diri mereka daripada perkara buruk dan ada juga yg percaya kepada ramalan/tilik nasib menggunakan tapak tangan.walaupun mereka tahu kalau buat tilik nasib ini akan mendatangkan kemungkaran.itu sebabnya akidah ini penting untuk umat islam kerana dengan adanya akidah kita tidak akan terpesong dan kita tidak akan terjerumus kedalam kemungkaran.akidah ini merupakan benteng /perisai untuk seseorang muslimin memelihara akalnya daripada mempercayai kepada perkara2 khurafat dan syirik.sbg seorang muslimin kita wajib memelihara iman kita daripada rosak.kerana jika kita sudah berjaya memeliharanya in sha allah kita akan dapat mengenal jalan iman dan menghapuskan segala kejahilan.mudahan kita semua dapat mengukuhkan keimanan kita.dan mudah mudahan Allah swt akan sentiasa mendorong kita untuk melakukan perkara2 kebajikan ☺
Firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik(mempersekutukannya)(dengan sesuatu apa jua)dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu(dosa syirik)bagi sesiapa yang dikehendakinya(menurut aturan syariatnya)dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
jika seseorang pergi mendapatkan dukun untuk menjatuhkan seseorang yang lain dengan kerjayaan yang dicapainya satu hari nanti balasan yang setimpal akan dapat dengan perlakuan yang dibuatnya.
Deletejika adanya iman dalam diri . in sha allah kita tidak akan pernah terpesong untuk melakukan amalan-amalan khurafat yang boleh mendatangkan syirik.
Deletenur shafiqah bt wahab
A201502070
spak3
SAIDATUL NADIA BINTI IDRIS
ReplyDeleteA201503078
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Dalam video ni, terdapat unsur-unsur pemujaan . Dan memuja untuk mendapatkan bantuan @ pertolongan(dari syaitan, jin atau berhala) yang berupa hal ghaib selain Allah adalah SYIRIK . (Baca : bantuan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia juga)
Oleh kerana kurangnya Tauhid Uluhiyyah(merealisasikan peribadatan hanya kepada Allah semata-mata) adalah faktor wujudnya perbuatan pemujaan sebegini meskipun dia juga mengaku bahawa Allah Azza Wa Jalla itu adalah Tuhan(Rubbubiyyah) .
Allah Azza Wa Jalla berfirman, "Dan Rabb-Mu ialah Allah Yang Maha Esa, tidak ada sesembahan yang diibadahi dengan benar melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ." (Al-Baqarah : 163)
Dan Allah Azza Wa Jalla berfirman, "Apakah mereka mensyirikkan(Allah) dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptkan sesuatu pun, sedangkan berhala-berhala itu sendiri adalah buatan manusia . Dan berhala-berhala itu TIDAK MAMPU memberi pertolongan kepada penyembah-penyembahnya dan kepada dirinya sendiri pun berhala-berhala tersebut tidak dapat memberi pertolongan ." (Al-A'raf : 191-192)
Pentingnya seorang yang tertegaknya dua kalimah syahadah itu mendalami Tauhid Uluhiyyah agar seseorang itu dapat merealisasikan kalimah أشهد أن لا إله إلا الله dimana ia bermaksud, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan YANG BERHAK disembah selain Allah."
SAIDATUL NADIA BINTI IDRIS
ReplyDeleteA201503078
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Dalam video ni ada benarnya tentang 5 contoh perbuatan syirik tanpa kita sedar .
Hal no 1, memohon pertolongan dari orang yang sudah mati itu adalah 1 perbuatan syirik . Kerana, seorang manusia yang hidup tidak mampu memberi syafaat kepada orang lain, apatah lagi orang yang sudah mati ? Adapun sebahagian orang mengatakan itu adalah perbuatan tawwasul kepada orang soleh .
Perbuatan itu sudah lama dicontohi oleh orang musyrik Makkah dimana mereka tidak menyembah berhala dengan iktikad bahawa berhala mereka, malaikat, roh para nabi atau roh orang soleh yang mereka sembah itu mempunyai kuasa dan manfaat . Akan tetapi mereka jadikan berhala mereka, malaikat, roh para nabi dan roh orang soleh sebagai pendekat diri mereka kepada Allah dan mereka yakin bahawa benda-benda yang mereka mohon itu mampu memberi syafaat kepada mereka di sisi Allah .
ZULFA NAIMAH BINTI ISKANDARADLY
DeleteA201502066
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Akibat hanya sekadar membaca zodiak seperti ini adalah, solatnya TIDAK DITERIMA selama 40 hari .
Sedangkan apabila seseorang membenarkan ramalan dalam zodiak tersebut, maka dia telah KUFUR terhadap Al-Qur’an yang telah diturunkan pada Nabi Muhammad SAW ."
[Lihat At Tamhid Lisyarh Kitabit Tauhid oleh Syaikh Soleh Alu Syaikh pada Bab Maa Jaa-a fii Tanjimhal : 349]
Kesimpulannya, ada dua perincian hukum dalam masalah ini.
1] Apabila cuma sekadar membaca zodiak atau ramalan bintang, walaupun tidak mempercayai ramalan tersebut atau tidak membenarkannya, maka itu tetap HARAM . Akibat dari perbuatan ini, solatnya tidak diterima selama 40 hari !
Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima ." [HR. Muslim no. 2230]
Hadith di atas ini merujuk kepada orang yang SUKA-SUKA membaca zodiak walaupun dia TIDAK percaya/beriman ramalan zodiak tersebut dengan share dari orang lain atau seumpamanya .
Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh Imam An Nawawi, "Adapun maksud tidak diterima solatnya itu ialah orang tersebut tidak dapat pahala . Namun solat yang dia dirikan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi/menggantikan solatnya ." [Syarh Sahih Muslim, 14: 227]
2] Apabila sampai membenarkan, mengimani atau meyakini ramalan tersebut, maka dia dianggap telah mengkufuri Al-Qur’an yang menyatakan HANYA di sisi Allah yang pengetahuan ilmu ghaib .
Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
"Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal lalu ia membenarkannya, bererti dia telah kufur pada Al-Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad ." [HR. Ahmad no. 9532 - hasan]
Kesimpulannya, jauhi dari perbuatan membaca zodiak, menyebarkan zodiak, meramal zodiak atau seumpamanya untuk mengelakkan solat kita tidak diterima selama 40 hari meskipun hanya meramal untuk suka-suka(tidak percaya) . Boleh rujuk pada hukum [1] tadi .
Jadi, jika sudah beramal dengan zodiak ini, maka solat yang kita dirikan itu cuma sia-sia belaka . Penat sahaja kita dirikan solat, tetapi tidak diterima angkara kita membaca zodiak.
Siti Syakirah Binti Mohd Johari
ReplyDeleteA201502042
Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Dalam Video Yang Telah Saya Tonton Ada Menyembutkan 5 Khurafat Yang Tidak Sedar Dilakukan:
• Berdoa Kepada Orang Yang Meninggal Dunia
• Mendatangi Bomoh
• Menyakini Azimat (Tangkal)
• Percaya Kesialan (Nasib Malang)
• Sumpah Selain Allah
Zaman sekarang pon banyak khurafat yang berleluasa yang boleh terpesongnya aqidah seseorang. Sebagai contoh dalam video yang saya tonton telah banyak menunjukkan amalan khurafat ataupun yang syirik. Pada pandangan saya banyak kepentingan aqidah dalam islam. Dalam agama islam keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh allah s.w.t kecuali oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir yang menyekutukan allah s.w.t akan dihukum kelak di hari akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama allah s.w.t iaitu agama islam yang hanya diredhai oleh allah s.w.t. seperti firmanya yang bermaksud sesungguhnya agama yang diredhai si sisi allah s.w.t hanyalah islam. Aqidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama islam, tetapi juga merupakan sesuatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunia ini tanpa aqidah diibaratkan jahil dalam aqidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka sendiri.
This comment has been removed by the author.
Delete
DeleteOrang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.
Persoalannya golongan manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?
Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?
Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.
Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya
NOR ATIKAH BINTI SULAIMAN
A201502041
SPAK3
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNoradila binti Bukhari
ReplyDeleteA201503080
Setelah menonton video berkaitan khurafat ini,saya berpendapat aqidah sanat penting untuk umat islam nasa kini. Antara kepentinagn aqidah adalah ia merupakan benteng dan perisai bagi seorang muslimin.Selain itu, aqidah juga merupan dasar kekuatan dalam diri seorang islam dan ia juga merupakan sebab dan tujuan mengapa manusia diciptakan di dunia.
Afizatu solehah binti Abdul Rahman
DeleteA201503082
siji Pendidikan Aawak Kanak-Kanak
saya setuju apa yang noradila cakap kerana adanya akidah in sha allah muslimin akan tahu mana yang benar dan mana yang salah .
NAMA:NUR IZZATI BINTI MOHD BASRI
ReplyDeleteNO MATRIK: A 201502069
PROGRAM:SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEM 3.
KITA SEMUA TAHU UMAT ISLAM TIDAK PERCAYA PERKARA-PERKARA YANG BOLEH TERPESONGNYA AKIDAH.BAGI SEGELINTIR UMAT ISLAM ADA YAMG MASIH DENGAN PERKARA SEPERTI SIHIR,KHURAFAT,BOMOH,MEMUJA ORANG YANG TELAH MATI DAN PERCAYA PADA TILIKKAN ORANG.JIKA AMALAN KITA TIDAK KUAT MAKA GOYANGLAH AKIDAH KITA.SEKIRANYA KITA TERSILAP LANGKAH IA TERJERUMUS KE JALAN AJARAN SYIRIK INI.DENGAN ITU, KITA JANGANLAH BIARKAN ORANG MEMPERKOTAK KATIK DENGAN AJARAN ISLAM SEBENAR.SELAIN ITU, KIAT JANGAN SESEKALI MENDUAKAN ALLAH S.W.T KERANA ALLAH MAHA PENCIPTA ALAM SEMESTA ALAM,ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MENGETAHUI.SELAIN ITU, SYAITAN INGIN MELIHAT CUCU ADAM KELUAR DARI AJARAN ISLAM DAN MENGIKUT SYAITAN MASUK KE NERAKA JAHANAM.NAMUN ITU, KITA SEBAGAI UMAT ISLAM JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PERKARA YANG TIDAK BENAR.
Nurul shahida binti makhtar
ReplyDelete(A201503071)
Sijil pendidikan awal kanak-kanak
Assalamualaikum..apa yang saya lihat dalam video ini ia menerangkan tentang menanam janin bayi di tempat yang tidak sepatutnya dan ia dikatakan satu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat islam.kebanyakkan masyarakat zaman sekarang memandang serong tentang perbuatan ini. Antara kepentingan akudah yang benar kepada umat islam adalah untuk membentuk seseorang individu yang memiliki akhlak yang baik tanpa melanggar perintah Allah.
NUR SHAFIQAH BINTI WAHAB
DeleteA201502070
SIJIL PENDIDIKAN AWAK KANAK-KANAK
saya setuju dengan nurul shahida.Akidah yang yang lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang.Biasanya mereka tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan mengahadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran seperti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
SITI NUR FARINA BT HASSIM
ReplyDeleteA201502047
SPAKK
Apa yang saya faham mengenai video tersebut ialah umat islam kini semakin tergolong dalam orang yang melakukan khurafat dan syirik tanpa mereka sedar.Seperti yang dinyatakan dalam video tersebut, meraka melakukan amalan memuja pada mayat, mempercayai pada tangkal atau azimat, dan banyak lagi.Mereka mudah terpesong dan mempercayai perkara karut.Oleh itu, sangat penting dengan adanya akidah dalam diri umat islam.Akidah dikira sebagai asas Islam, tanpa adanya akidah tidak tertegak agama Islam itu sendiri dan kehidupan individu.Akidah yang rosak akan mengakibatkan runtuhnya pegangan islam seseorang.Selain itu, akidah adalah sebagai penentu dan pendorong.Ini adalah kerana akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang kerana akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan.Jika seseorang individu itu mempunyai akidah yang lemah,gaya hidup negatif tidak mustahil akan berlaku pada individu tersebut.
AINA SYAHIRAH BT ROSLAN
DeleteA 201502043
saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh rakan saya , dengan melakukan perbuatan syirik dan khurafat seperti yang terdapat di dalam video ini, kita sebagai umat Islam perlulah menegakkan ajaran Islam demi menjamin kesucian agama Islam tersebut. dengan melakukan perkara syirik boleh membuatkan seseorang itu , terpesong daripada akidah yang telah ditetapkan. dengan itu , apabila seseorang itu mempunyai iman yang kuat maka seseorang itu boleh menghindari dari mendekati perkara-perkara yang syirik.
AINA SYAHIRAH BT ROSLAN
ReplyDeleteA 201502043
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Berdasarkan video yang telah saya tonton, video ini memaparkan tentang lima perbuatan syirik iaitu berdoa kepada orang mati, mendatangi bomoh, menyakini azimat, percaya kepada nasib malang dan bersumpah selain Allah.
Antara kepentingan akidah kepada umat Islam ialah ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah S.W.T firmannya : tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.(suarh az-zariyat;ayat 56) Selain itu , akidah sebagai pemutus sama ada seseorang itu akan keselamatan di dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T bermaksud: sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan , sedang ia beriman , maka sesungguhnya kan aku menghidupkan dia enggan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (surah an-nahl ayat 97)
pengajaran yang boleh diambil daripada video ini ialah, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa percaya kepada Allah dan meminta pertolongan daripadaNya. kita juga seharusnya memelihara iamn dan rosak dan binasa. wajiblah kita belajar kerana dengan berilmu sahaja kita dapat mengenal jalan iman dan menghapus kejahilan.
NOOR SHAFIQAH SOLEHAH BINTI SAKDI
DeleteA201502051
Ya, saya bersetuju apa yang diperkatakan oleh AINA kerana banyak masyarakat sekarang tidak hirau dengan kepentingan dan undang-undang umat islam yang mereka tahu hanya untuk memuaskan hati mereka dengan melakukan perkara begitu, dari situ segala amalan-amalan mereka tidak diredhai oleh Allah S.W.T.
Saya bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh saudari ini, "Kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa percaya kepada Allah dan meminta pertolongan daripadaNya". Hal ini bertepatan dengan Surah Al-Baqarah (2:186) iaitu “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
DeleteNor Shahirah Atiqah Binti Mustafa
ReplyDeleteA201502046
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Pada pendapat saya,kebanyakkan masyarakat pada masa kini mudah mempercayai perbuatan syirik.Seperti di dalam video tersebut terdapat 5 perbuatan syirik antaranya berdoa kepada orang yang mati,mendatangani dukun,menyakini azimat,percaya kesialan dan sumpah selain Allah.Dalam hal ini masyarakat pada zaman kini kurangnya ilmu agama islam mudah untuk mempercayai perbuatan syirik tanpa mereka sedari.Oleh itu kta sebagai umat islam seharusnya mempunyai kekuatan diri di dalam agama supaya kita tidak mudah mempercayai amalan syirik yang mendatangkan dosa.
NORFAZIRA BINTI MOHD ANNIS HAMLE
ReplyDeleteSIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
A201502067
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W di dalam kesempatan ini, saya masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menyumbangkan sedikit pandangan mengenai video yang berkaitan.
Berdasarkan video yang telah saya tonton, video ini memaparkan beberapa perkara ataupun perbuatan yang menyalahi agama Islam iaitu perbuatan khurafat, sihir dan sebagainya. Berikutan dengan itu, hal ini merupakan perkara yang menyalahi akidah kita sebagai umat Islam. Oleh itu, mari kita berkenalan dengan, apa itu akidah ?
Perkataan ‘akidah’ dari segi bahasa bermaksud “simpulan atau ikatan yang kuat dan teguh”. Jika sesuatu yang telah tersimpul atau terikat turut membawa makna “sesuatu yang telah menjadi teguh dan telah mantap. Selain itu, makna akidah dari segi bahasa ini mempunyai hubungan yang rapat dengan makna perkataan tersebut dari segi istilah yang antaranya didefinisikan sebagai “pembenaran dalam hati terhadap sesuatu yang turut dipercayainya secara pasti (putus) tanpa perasaan syak atau ragu sedikitpun. Oleh itu kita sebagai umat Islam seharusnya berpegang teguh kepada Al-Quraan dan Sunnah.
Terdapat beberapa kepentingan akidah kepada umat Islam. Antaranya, akidah merupakan perkara asas kpeada kehidupan manusia. Demikianlah tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukan demi untuk mencari keredhaan Allah S.W.T diterima dengan baik dan hati terbuka tanpa membicara sedikit pun keraguan mahupun keburukan. Oleh itu, dengan memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang sebagaimana terdapat dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ikhlas: ayat 1-4 yang bermaksud; “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian mahluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.”
Selain itu, dengan adanya akidah kita sebagai umat Islam dapat melahirkan suatu kesedaran bahawa keseluruhan kehidupan ini adalah di bawah pengawasan dan kekuasaan Allah S.W.T. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Alah S.W.T “Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Ghafir:60). Oleh itu, jika ingin meminta sesuatu, mintalah kepada Allah S.W.T, sesungguhnya Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar “Jauhilah perkara mahupun perbuatan yang menyalahi agama Islam dan berpegang teguh kepada Al-Quraan dan sunnah.”
Sekian, Assalamualaikum
NUR AIN BINTI MOHD RODZI
ReplyDeleteA201503072
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Kesimpulannya, ada dua perincian hukum dalam masalah video ini.
1] Apabila cuma sekadar membaca zodiak atau ramalan bintang, walaupun tidak mempercayai ramalan tersebut atau tidak membenarkannya, maka itu tetap HARAM . Akibat dari perbuatan ini, solatnya tidak diterima selama 40 hari
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima ." [HR. Muslim no. 2230]
Hadith di atas ini merujuk kepada orang yang SUKA-SUKA membaca zodiak walaupun dia TIDAK percaya/beriman ramalan zodiak tersebut dengan share dari orang lain atau seumpamanya .
Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh Imam An Nawawi, "Adapun maksud tidak diterima solatnya itu ialah orang tersebut tidak dapat pahala . Namun solat yang dia dirikan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi/menggantikan solatnya ." [Syarh Sahih Muslim, 14: 227]
2] Apabila sampai membenarkan, mengimani atau meyakini ramalan tersebut, maka dia dianggap telah mengkufuri Al-Qur’an yang menyatakan HANYA di sisi Allah yang pengetahuan ilmu ghaib .
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal lalu ia membenarkannya, bererti dia telah kufur pada Al-Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad ." [HR. Ahmad no. 9532 - hasan]
Namun jika seseorang membaca ramalan tadi untuk MEMBANTAH dan MEMBONGKAR kedustaannya, ini termasuk yang diperintahkan bahkan dapat dinilai WAJIB . [Al-Qoul Al-Mufid 'ala Kitabit Tauhid, 1: 330]
Kesimpulannya, jauhi dari perbuatan membaca zodiak, menyebarkan zodiak, meramal zodiak atau seumpamanya untuk mengelakkan solat kita tidak diterima selama 40 hari meskipun hanya meramal untuk suka-suka(tidak percaya) . Boleh rujuk pada hukum [1] tadi .
Jadi, jika sudah beramal dengan zodiak ini, maka solat yang kita dirikan itu cuma sia-sia belaka . Penat sahaja kita dirikan solat, tetapi tidak diterima angkara kita membaca zodiak .
NUR AIN BINTI MOHD RODZI
ReplyDeleteA201503072
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Kesimpulannya, ada dua perincian hukum dalam masalah video ini.
1] Apabila cuma sekadar membaca zodiak atau ramalan bintang, walaupun tidak mempercayai ramalan tersebut atau tidak membenarkannya, maka itu tetap HARAM . Akibat dari perbuatan ini, solatnya tidak diterima selama 40 hari
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima ." [HR. Muslim no. 2230]
Hadith di atas ini merujuk kepada orang yang SUKA-SUKA membaca zodiak walaupun dia TIDAK percaya/beriman ramalan zodiak tersebut dengan share dari orang lain atau seumpamanya .
Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh Imam An Nawawi, "Adapun maksud tidak diterima solatnya itu ialah orang tersebut tidak dapat pahala . Namun solat yang dia dirikan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi/menggantikan solatnya ." [Syarh Sahih Muslim, 14: 227]
2] Apabila sampai membenarkan, mengimani atau meyakini ramalan tersebut, maka dia dianggap telah mengkufuri Al-Qur’an yang menyatakan HANYA di sisi Allah yang pengetahuan ilmu ghaib .
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal lalu ia membenarkannya, bererti dia telah kufur pada Al-Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad ." [HR. Ahmad no. 9532 - hasan]
Namun jika seseorang membaca ramalan tadi untuk MEMBANTAH dan MEMBONGKAR kedustaannya, ini termasuk yang diperintahkan bahkan dapat dinilai WAJIB . [Al-Qoul Al-Mufid 'ala Kitabit Tauhid, 1: 330]
Kesimpulannya, jauhi dari perbuatan membaca zodiak, menyebarkan zodiak, meramal zodiak atau seumpamanya untuk mengelakkan solat kita tidak diterima selama 40 hari meskipun hanya meramal untuk suka-suka(tidak percaya) . Boleh rujuk pada hukum [1] tadi .
Jadi, jika sudah beramal dengan zodiak ini, maka solat yang kita dirikan itu cuma sia-sia belaka . Penat sahaja kita dirikan solat, tetapi tidak diterima angkara kita membaca zodiak .
Afizatul solehah binti Abdul Rahman
ReplyDeleteA201503082
Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Dalam video ni, terdapat unsur-unsur pemujaan dan memuja untuk mendapatkan bantuan dari syaitan, jin atau dari alam ghaib. Banyak menunjukkan amalan khurafat. Pada pandangan saya banyak kepentingan aqidah dalam islamd dalam agama islam keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Selain itu aqidah juga merupakan kekuatan dalam diri seseorang dan merupakan sebab kenapa manusia di ciptakan di dunia.
mazidaa binti razali
Deletesaya bersetuju dengan statement yang dikemukakan oleh sahabat saya. akidah merupakan kekuatan dalam diri seseorang muslim.Hal ini dipertakan demikian adalah kerana kejahilan adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.
NAMA:NUR IZZATI BINTI MOHD BASRI
ReplyDeleteNO MATRIK: A 201502069
PROGRAM: SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEM 3
TENTERA - TENTERA (REZIM SYI'AH BASHAR ASSAD-RED)DI SANA JUGA TELAH MEMBANTAI UMAT ISLAM KERANA KITA YAKIN BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,DAN UMAT ISLAM YANG DISANA BILA MENGUCAPKAN ASMA ALLAH S.W.T MAKA MEREKA DI BANTIA DAN DIKUBUR HIDUP-HIDUP DI DALAM PENJARA, DUNIA MEREKA SELALU DIANCAM BUKAN SAHAJA ORANG DEWASA MALAH KANAK-KANAK KECIL PUN MENJADI MANGSA TARUHAN BUAT MEREKA. HANYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MEREKA DIBANTAI TANPA BELAS KASIHAN SEHINGGA TIDAK BERDAYA.MEREKA BERTINDAK SANGAT BERGITU KEJAM SEDANGAKAN KITA TAHU DI SYI'AH PENUH ANCAMAN TAPI ADA YANG MASIH MENGGIKUT MEREKA KEJALAN TIDAK BENAT DAN SANGGUP MELIHAT UMAT ISLAM DIBUNUH.SEDARLAH KITA DUNIA YANG YANG TIADA ANCAMAN BANTULAH SESAMA UMAT ISLAM YANG MEMERLUKAN.SEDEKAH PADA BADAN NGO SEPERTI AMAN PALESTIN
NAMA:NUR IZZATI BINTI MOHD BASRI
ReplyDeleteNO MATRIK: A 201502069
PROGRAM: SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEM 3
TENTERA - TENTERA (REZIM SYI'AH BASHAR ASSAD-RED)DI SANA JUGA TELAH MEMBANTAI UMAT ISLAM KERANA KITA YAKIN BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,DAN UMAT ISLAM YANG DISANA BILA MENGUCAPKAN ASMA ALLAH S.W.T MAKA MEREKA DI BANTIA DAN DIKUBUR HIDUP-HIDUP DI DALAM PENJARA, DUNIA MEREKA SELALU DIANCAM BUKAN SAHAJA ORANG DEWASA MALAH KANAK-KANAK KECIL PUN MENJADI MANGSA TARUHAN BUAT MEREKA. HANYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MEREKA DIBANTAI TANPA BELAS KASIHAN SEHINGGA TIDAK BERDAYA.MEREKA BERTINDAK SANGAT BERGITU KEJAM SEDANGAKAN KITA TAHU DI SYI'AH PENUH ANCAMAN TAPI ADA YANG MASIH MENGGIKUT MEREKA KEJALAN TIDAK BENAT DAN SANGGUP MELIHAT UMAT ISLAM DIBUNUH.SEDARLAH KITA DUNIA YANG YANG TIADA ANCAMAN BANTULAH SESAMA UMAT ISLAM YANG MEMERLUKAN.SEDEKAH PADA BADAN NGO SEPERTI AMAN PALESTIN
MAZIDAA BINTI RAZALI
ReplyDeleteA201503074
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Setelah menonton video berkaitan 5 perbuatan syirik yang tidak sedar kita lakukan. dalam video tersebut terdapat 5 perbuatan syirik antaranya berdoa kepada orang mati. yang kedua mendatangi dukun, yang ketiga menyakini jimat , yang keempat pecaya kesialan dan yang kelima sumpah selain Allah.
zaman kini banyak terjadinya perbuatan syirik yang dilakukan oleh orang islam kebanyakkan tidak puas hati anta ra satu sama lain.antara yang selalu terjdi adalah mendatangi dukun. itu adalah yang kerap berlaku diantara orng-orang islam. iman seseorang itu senipis-nipis kulit bawang.dan sebahagian besar tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah dengan sembah-sembahan lain. (surah Yusuf ayat 106)
This comment has been removed by the author.
DeleteNURUL IZZATI BINTI MOHAMAD ROSLY
DeleteA201502040
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Bismillahirrahmanirrahim , saya setuju dengan saudari kerana memang pada abad ini terlalu ramai umat islam melakukan perbuatan syirik.
Syirik dari segi bahasa artinya mempersekutukan, secara istilah adalah perbuatan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Orang yang melakukan syirik disebut musyrik. Seorang musyrik melakukan suatu perbuatan terhadap makhluk (manusia ataupun benda) yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah seperti menuhankan sesuatu selain Allah dengan menyembahnya, meminta pertolongan kepadanya, menaatinya, atau melakukan perbuatan lain yang tidak boleh dilakukan kecuali hanya kepada Allah SWT.
Perbuatan syirik termasuk dosa besar. Allah mengampuni semua dosa yang dilakukan hambanya, kecuali dosa besar seperti syirik. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.An-Nisaa':48
NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD ROSLY
ReplyDeleteA201502040
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Waalaikumussalam WBT ,
Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan 25:23
Terjemahan:
"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan".
Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir didunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah sia-sia sahaja. Hal ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semasa hidup di atas muka bumi. Oleh itu, orang-orang islam yang melakukan perbuatan sihir atau syirik ini pasti akan diberikan balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak. sebagai umat islam, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh pada agama. Solat 5 waktu sehari semalam adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan. Jika terasa diri semakin jauh dengan Allah, cuba cari jalan untuk menyelesaikannya. Kuatkan iman supaya tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang akan menyesatkan kita. Wallahualam
Berikutan dengan pendapat daripada saudari ini, “Kuatkan iman supaya tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyesatkan kita.” Disini, saya ingin berkongsi beberapa cara bagaimana untuk menguatkan iman. Antaranya, perbanyaklah membaca Al-Quraan. Selain itu, banyakkan berzikir. Disamping itu,menunaikan solat 5 waktu dan seterusnya mengingati mati, keadaan dahsyat di hari akhirat dan sebagainya.
DeleteSekian, Assalamualaikum
NUR SHAFIQAH BINTI WAHAB
ReplyDeleteA201502070
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
BERDASARKAN VIDEO YANG SAYA LIHAT IALAH;
-PERCAYA KEPADA AZIMAT
-JUMPA DUKUN
-YAKIN PADA NASIB MALANG
-SUMPAH SESUATU SELAIN ALLAH
-BERDOA PADA ORANG YANG MATI
KITA SEMUA TAHU ORANG ISLAM TIDAK PERCAYA KEPADA KHURAFAT IAITU MENGAMALKAN ILMU PENGASIH IALAH ILMU PENGASIH ATAU ILMU YANG DIDAKWA MENAWAN HATI SESEORANG SAMADA DENGAN TUJUAN BAIK ATAU INGIN BERNIKAH ATAUPUN DENGAN TUJUAN YANG JAHAT IAITU INGIN MEMPERDAYA SESEORANG ADALAH HARAM DISISI AGAMA. IA TERMASUK DALAM DALAM KELOMPOK ILMU SIHIR, WALAUPUN DENGAN MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN YANG DITAMBAH DENGAN KALIMAH-KALIMAH YANG LAIN.
NOOR SHAFIQAH SOLEHAH BINTI SAKDI
ReplyDeleteA201502051
Berdasarkan 2 video yang saya tonton , pada pandangan saya , perbuatan dan amalan tersebut tidak sewajarnya dilakukan. Hukum melakukan perkara tersebut memang haram disisi agama islam. Perbuatan dan amalan tersebut banyak berleluasa di persekitaran dunia dan masyarakat yang selalu terjebak ialah kebanyakkan daripada masyarakat melayu dan juga Indonesia. Ini mengakibatkan banyak individu yang buat dan cuba untuk melakukan perkara tersebut bagi kepentingan diri sendiri. Perbuatan ini sudah semestinya akan membuat terpesong akidah seseorang dan menduakan Allah. Kebanyakkan yang mengamal perkara-perkara tersebut hanyalah untuk mendapat apa yang dia nak dan dapat memuaskan hati sendiri..Perbuatan tersebut hanyalah membuang tenaga,masa dan wang ringgit kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah langsung.Kita sebagai umat islam yang sejati perlu selalu mengingati Allah S.W.T Dengan cara beribadat kepada Allah, kita perlulah membuat solat sunat taubat dengan apa yang kita buat yang mendatangkan dosa kepada diri kita, dan hindar daripada melakukan perkara-perkara yang ada pada masa kini.
nur asyiqin binti abdul jalil
Deletesaya bersetuju dengan pandangan kawan saya terhadap amalan khurafat yang semakin kerap berlaku di negara ini kerana ramai umat islam yang terjebak dalam ajaran yang sesat dan melarangi suruhan allah s.w.t.Sebagai umat islam kita perlu lah menjauhi amalan tersebut supaya kita tidak terpesong dengan ajaran yang dilarangi oleh allah dan perlulah perbanyakkan zikir,solat lima waktu,berdoa serta perbanyakkan membaca al-quran supaya dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang akan datang.
Nur asyiqin binti abdul jalil
ReplyDeleteA201503081
Spakk
Assalamualaikum
Pada pandangan saya apa yang saya faham mengenai video tersebut ialah umat islam semakin hari semakin berleluasa mengikuti ajaran sesat iaitu kurafat dan syirik. Dia terbahagi kepada 5 iaitu yang pertama berdoa kepada orang mati yang kedua mendatangi dukun yang ketiga menyakini azimat yang keempat percaya kepada kesialan yang kelima sumpah selain Allah. Amalan penggunaan khurafat adalah haram disisi Allah s.w.t kerana dalam al quran menyatakan sesiapa yang mengikuti ajaran tersebut akan mendapat balasan dengan setimpalnya.Mengikut hadis nabi S.A.W "aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah".Justeru itu,islam sebagai agama perlu berhati-hati ketika menelurusi pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah kurafat seta memperkukuhkn ilmu agama dan melarangi perbuatan terkutuk di sisi allah..
Pada pendapat saya mengenai kepentingan aqidah adalah memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang supaya dapat mencorakkan kehidupan agama islam.selain itu,akidah yang lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang yang menghadapi berbagai masalah seperti kemungkaran,melakukan jenayah,keruntuhan akhlak dan sebagainya.Melalui akidah juga dapat memahami konsep islam yang sebenar malah membersihkan hati dengan meninggalkn dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh allah.
SARIPAH AIDA BINTI SHAMSUDIN
DeleteA201502045
Mengikut pendapat yang diberikan oleh nur asyiqin saya bersetuju kerana sebagai seorang muslim haruslah kita berpegang teguh pada ajaran agama Allah.jadi Sebagai ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka dari kecil dengan memberi didikan agama serta memahamkan anak-anak tentang akidah islam. Apabila dari kecil anak-anak diberi didikan agama pasti mereka akan menjadi seorang insan yang berguna dan sentiasa mentaati perintah Allah serta sentiasa ingat akan akibat melanggar larangan-Nya. Dan pasti akhlak diri mereka terjaga. Dan untuk semua umat islam kita juga harus berpegang teguh pada al-Quran dan Al-sunnah agar kita tidak terlibat daripada perbuatan-perbuatan syirik seperti di dalam video tersebut. Sesungguhnya dosa syirik adalah dosa besar dan tidak diampunkan olen-Nya.Oleh itu, sama-sama kita mengingatkan menolong serta berkongsi ilmu dengan sahabat kita tentang ajaran agama islam yang sebenar.
Saripah aida binti shamsudin
ReplyDeleteA201502045
Sijil pendidikan awal kanak-kanak
Assalamualaikum w.b.t
Setelah saya menonton video tersebut terdapat 5 perbuatan syirik yang dilakukan oleh mereka.
1. Berdoa kepada orang yang meninggal dunia.
2. Menyakini azimat (tangkal)
3. Mempercayai kesialan (nasib malang)
4. Mendatangi bomoh
5. Sumpah selain allah
Seperti yang saya tahu zaman sekarang terlalu banyak berlaku perbuatan-perbuatan khurafat syirik yang bertentangan dengan agama islam. Hal ini kerana mereka tidak memahami, mempelajari serta tidak menanam teguh di dalam diri aqidah islam yang sebenar. Akidah yang sebenar adalah ikatan atau janji yang kukuh. Sebagaimana dijelaskan oleh rasulullah s.a.w bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh di dalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Jadi sebagai seorang muslim kita wajiblah memelihara iman daripada rosak dn binasa. Wajiblah kita belajar kerana dengan berilmu kita dapat mengenal jalan iman dan menghapuskan kejahilan. Sesungguhnya kejahilan akan mendorong kita kepada kesesatan. Dan kesesatan pula akan membawa kita kepada dosa dan neraka. Salah satunya yang telah ditunjukkan di dalam video tersebut. Dan ingatlah bahawa syirik adalah dosa besar dan tidak diampunkan allah seperti yang dijelaskan ayat di bawah:
Surah al-baqarah ayat 217
Allah swt berfirman yang maksudnya : Sesungguhnya allah tidak mengampunkan dosa syrik (mempersekutukan) dengan sesuatu apa jua, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu (dosa syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-nya ( menurut aturan syariatnya) dan sesiapa yang mempersekutukan allah dengan sesuatu jalan yang lain, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa besar.
ZALILAH BINTI MAT PIAH
ReplyDeleteA201503075
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Berdasarkan video yang saya tonton,pandangan saya, saya tidak bersetuju kerana perbuatan tersebut adalah tidak wajar kerana boleh menyekutukan Allah SWT. kita sebagai umat islam haram untuk menyekutukan Allah SWT,pada masa kini,ramai umat islam yang jahil tentang Agama Islam,contoh:jika berlakunya kesusahan mereka akan meminta bantuan dari dukun ataupun paranomal,serta membenarkan perbuatan kufur atau mendustakan Agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,hal ini,boleh menyebabkan umat Islam di Negara kita akan terjejas aqidah dan akan tersesat pada pegangan agama.
MOHAMMAD SAFWAN AMRI BIN HAMZAH
ReplyDeleteA201503073
SIJIL KEUSAHAWANAN
Dari pandangan yang saya dapat dari video syirik masih berlaku pada zaman kini, Manusia pada hari ini telah mencapai kemajuan dari segi keduniaan, teknologi, juga kebendaan. Ironinya pada masa yang sama masih ada pemikiran-pemikiran kolot dan ketinggalan zaman di kalangan manusia dan umat Islam secara khasnya di mana mereka masih percaya kepada kuasa-kuasa, benda-benda yang secara syarak dan secara logiknya jelas rosak dan menyimpang.
Siti NorFazirah Binti Ab.Ghani
ReplyDeleteA201502048
Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanakPerbuatan syirik banyak terjadi dalam masyarakat kita.
1) berdoa kepada orang mati.
-mempersembahkan salah satu bentuk ibadah selain Allah S.W.T seperti berdoa dan memohon kepada orang2 soleh yang telah mati.
2) kedatangan bomoh
-tukang sihir, anak dara dan sebagainya serta membenarkan ini termasuk perbuatan kufur atau mendustakan agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W barangsiapa yang mendatangi bomoh kemudian membenarkan ucapan itu dia telah kafir terhadap agama yang telah diturunkan pada Nabi Muhammad S.A.W.
3)menyakini azimat
-termasuk perbuatan yang merosakkan tauhid dan akidah seorang muslim dan menggantungkan azimat.samaada benang,manik atau selainnya. Dan menyakini azimat tersebut tangkal untuk kebaikan perbuatan ini dilarang sama sekali oleh Nabi Muhammmad S.A.W.
4) percaya baik dan buruk
-demikian juga perbuatan tahyul iaitu menjadikan sesuatu sebagai sebab keburukan dan kebaikan urusan. Perbuatan ini menyebab syirik
5)sumpah selain Allah .
- perbuatan bersumpah dengan nama selain Allah nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bererti barang siapa yang siapa yang bersumpah dengan nama selain Allah sungguh dia berbuat syirik beberapa contoh,perbuatan syirik yang terjadi dengan masyarakat hendaklah faktor tersebut dijadikan orang muslim selalu memikirkan dan membimbangkan akan dirinyaakan terjerumus dengan perbuatan tersebut.
NURUL ASYIQIN BINTI ADNAN
ReplyDeleteA201503083
SK 063
Wa'alaikumussalam wbt
Terdapat 5 perbuatan yang dilaknat Allah S.W.T dalam video yang disediakan. Antaranya adalah berdoa kepada orang mati, menggamalkan penggunaan tangkal, mempercayai nasib malang, mempercayai bomoh dan mempercayai makhluk lain selain Allah. Pada zaman kini, terlalu ramai masyarakat yang mempercayai perkara tersebut. Tidakkah mereka tahu, semua itu adalah perkara yang dilaknat Allah S.W.T. Dari dahulu lagi, kita diajar untuk meminta pertolongan daripada Allah. Dengan meminta pertolongan selain daripadaNya mungkin tidak dipermudahkan malah semakin merumitkan. Mungkin pada awalnya kita merasa tenang, namun akhirnya akan merosakkan diri kita sendiri.
saya amat bersetuju dengan Nurul Asyiqin bahawa perkara-perkara yang dilakukan itu hanyalah sementara bahkan sia-sia serta mendapat kemurkaan Allah S.W.T dan kita hendaklah memohon pertolongan hanya pada Allah S.W.T
DeleteMohd Azim Zulhakim Bin Mohd Zaini
ReplyDeleteA201502063 (SK063)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa’: 48)
Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. Hak istimewa Allah seperti: Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya.
Nurul Amira Binti Abd Manaf
ReplyDeleteA201502048
Sijil Pendidikan Awal kanak-kanak
Daripada video yang telah saya tonton saya mendapati pelbagai amalan-amalan khurafat yang telah dilakukan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan cara yang sangat kotor.Antaranya seperti mendatangi dukun,menyakini azimat dan sebagainya.Hal ini berlaku kerana manusia zaman sekarang mempunyai pemikiran yang kalut dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain sekaligus menyebabkan mereka meminta pertolongan kepada selain Allah.Kita sebagai umat islam hendaklah meminta pertolongan hanyalah kepada Allah S.W.T dan tidak menyekutukan Allah S.W.T agar kita sentiasa pada landasan yang benar.
saya bersetuju dengan pandangan saudari. Apa yang dilihat pada zaman kini, jika ada sahaja tidak berpuas hati, terus mendatangi bomoh. Melakukan sahaja perkara yang memudaratkan orang lain. Hapuskan perasaan hasad dengki kepada orang lain dan berusahalah sendiri untuk dapatkan apa yanh diimpikan. Mintalah pertolongan daripada yang Maha Esa kerana iaNya mendengar segala rintihan hambaNya.
DeleteNURHIDAYAH BINTI AZIZ
ReplyDeleteA201502050
SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
berdasarkan video yang saya tonton, pada pandangan saya, saya tidak bersetuju dengan amalan zaman sekarang yg mengamalkan amalan khurafat hingga menyebabkan berlakunya syirik atau menyekutukan Allah sesungguhnya amalan syirik merupakan dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t. melainkan dengan bertaubat.contohnya amalan syirik yang berlaku adalah kedatangan bomoh tukang sihir,anak dara dan sebagainya serta membenrkan ini termasuk perbuatan kufur atau mendustakan agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W barangsiapa yang mendatangi bomoh kemudian membenarkn ucapan itu dia telah kafir terhadap agama yang telah diturunkan pada Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu kita haruslah memohon pertolongan dari Allah S.W.T dan bertaubat serta meminta keampunan bukan dari benda lain selain Allah S.W.T.
MOHD SOFIAN BIN SAMSUDIN
ReplyDeleteA201502064
SIJIL KEUSAHAWANAN
Apa yang kita tahu, bahawa tauhid adalah perintah Allah yang terbesar kepada jin dan manusia, serta merupakan isi utama Al-Quran, maka sebagai maksud nya sirik adalah kebalikan dari tauhid. Syirik adalah larangan Allah yang terbesar dan juga yg terbanyak dalam Al-Quran. Ancaman bagi syirik adalah tidak main main, Allah menharamkan syurga pada mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan memgampuni dosa syirik
Jika masih hidup seorang yang melakukan syirik hendak la bertaubat, dosa masih diampun oleh Allah. Tetapi jika kita ia mati dalam keadaan yang membawa dosa syirik tersebut sebelum taubat, maka ia tidak akan diampuni
........