Tuesday, 13 December 2016

Aslkm wbt

Tutorial

Pelajar-pelajar dikehendaki untuk memberi komen sekurang-kurangnya 1 komen iaitu tentang pandangan anda berkaitan pernyataan di bawah. Pelajar-pelajar juga dikehendaki untuk memberi 1 komen terhadap pandangan yang dikemukakan oleh rakan-rakan anda.

1 komen = 20 perkataan (minimum)

Pernyataan
1. Pada zaman kini Islam dilihat sebagai agama pengganas. Namun begitu, apa yang dapat dilihat pembantaian umat Islam di seluruh dunia semakin berleluasa. Apakah pandangan anda bagi situasi ini?Adakah anda bersetuju?Apakah faktor pembantaian umat Islam seluruh dunia?

71 comments:

  1. Nazira Hanim bt Ismail - A201502060 ( SK063)

    Saya sangat tidak bersetuju dengan penindasan yang berlaku terhadap umat Islam . Menurut pandangan saya terhadap penindasan yang berlaku terhadap umat Islam sedunia adalah tidak patut. Islam merupakan agama yang menolak kezaliman dan mengajak kebaikkan, jadi ia tidak sepatutnya diperkatakan pengganas oleh agama lain. Saya amat sedih apabila melihat kekejaman yang telah dilakukan. Terbaru ini dengan kes umat Islam di Myanmar yang dibunuh dan diseksa. Malah dengan seksaan yang diterima oleh umat Islam di Syria.
    Faktor terhadap pembantaian umat Islam adalah seperti tragedi yang berlaku di Myanmar. Hal ini berlaku kerana perbezaan agama yang tidak diterima oleh masyarakat Budha di Myanmar.


    ReplyDelete
    Replies
    1. NOOR SHAFIQAH SOLEHAH BINTI SAKDI
      A 201502051

      Ya, Saya sangat bersetuju apa yang diperkatakan oleh Nazira Hanim. Terlampau banyak kekejaman yang berlaku didunia ini sehingga menumpah darah umat-umat islam yang tidak tahu salah mereka..

      Delete
  2. NUR SYUHAILA BINTI ZAKINAJIB
    A201502061
    SIJIL KEUSAHAWANAN (SK063)

    Pada pandangan saya, Islam sebagai pengganas merupakan salah satu tanggapan buruk terbesar tentang Islam. Hal ini adalah kerana banyak media memberikan imej tidak adil dan sikap stereotaip umum iaitu pihak Barat. Hal ini menimbulkan tanda tanya kenapa tentera Amerika atau Israel yang menembak mati orang awam dilabelkan sebagai ’pembenci jenayah’, walhal apabila seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga mereka, mereka akan dianggap sebagai ’pengganas’?

    Dalam pada yang sama, media juga menggambarkan Islam sebagai suatu kumpulan dimana jika kita menyertainya, kita akan menjadi seorang pengganas yang kini merupakan sebahagian daripada agenda buruk pihak barat.

    Saya sangat tidak bersetuju jika Islam ditakrifkan sebagai agama pengganas. Hal ini adalah kerana di seluruh dunia Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu cara hidup. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menentang idea keganasan.

    "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas". (QS Al Baqarah: 190)

    Tiada tempat dalam Islam, sama ada dalam al-Quran atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang menggalakkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

    Faktor pembantaian Umat Islam contohnya seperti masyarakat muslim Rohingya yang hanya merupakan 4% dari penduduk Myanmar yang kini mengalami penindasan dan pengusiran dari negaranya sendiri. Muslim Rohingya yang hendak berhijrah pun tidak diterima oleh Bangladesh maupun Burma. Hal ini pastinya menimbulkan dilema bagi masyarakat Muslim sendiri kerana setiap hari masyarakat Muslim disana mengalami diskriminasi dan penindasan dari masyarakat Budha setempat.


    ReplyDelete
  3. NURUL ASYIQIN BINTI ADNAN ( A201502083 ) ( SK063 )
    Wa’alaikumussalam w.b.t
    Saya tidak setuju jika ramai yang mengatakan Islam sebagai agama pengganas. Islam telah menetapkan pembunuhan hanya di medan perang. Hanya perangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Musuh yang tidak menyertai peperangan, tidak diperangi atau dibunuh. Agama islam telah ditindas teruk di Palestin sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Rakyatnya yang terduru daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini. Penindasan telah berlaku apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk mewujudkan negara Yahudi yang merdeka.

    ReplyDelete
  4. Nurul Akma Syafikah Binti Abdul Ghani - A201502055 ( SK 063)
    Waalaikummusalam w.b.t
    Pada pandangan saya, mengenai islam dilihat sebagai agama pengganas adalah amat tidak setuju. Hal ini kerana peperangan bukan untuk membanyakkan penumpahan darah, sebaliknya untuk memelihara kebenaran dan keadilan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya) dan perangilah di jalan allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Selain itu, dalam hadis yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim, baginda Nabi menyebut: Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak).
    Manakala, faktor pembantaian umat Islam seluruh dunia adalah faktor asasnya ialah mereka semua anti agama. Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. noradila bukhari
      a201503080

      saya sangat bersetuju dengan pendangan nurul akma syafikah. Ini kerana agama islam itu sendiri melambangkan kesucian dan mengajarkan ajran yang lemah lembut. Walaubagaimana pun, agama islam itu sendiri merupakan agama yang tegas damlam mendidik seorang muslimin. biar pun agama islam itu tidak suka akan peperangan, tetapi ia membolehkan peperangan dalam keadaan tertentu.

      Delete
    2. NUR AZIZAH MUBARAKAH BT MOHD HABIBULLAH
      A201502053

      Saya setuju dengan pandangan Noradila. Islam itu merupakan agama yang tegas tapi masih ada belas Dan ikhsan ♥

      Delete
    3. NUR AZIZAH MUBARAKAH BT MOHD HABIBULLAH
      A201502053

      Saya setuju dengan pandangan Noradila. Islam itu merupakan agama yang tegas tapi masih ada belas Dan ikhsan ♥

      Delete
  5. MOHAMMAD SAFWAN AMRI BIN HAMZAH
    A201503073
    SIJIL KEUSAHAWANAN (SK053)

    Dari padangan saya , saya tidak bersetuju dari segi pembantaian umat islam di seluruh dunia kerana umat islam tidak mengadakan konsep peperangan antara non-muslim , tetapi dari pandangan non-muslim, umat islam dianggap pengganas dan punca segala penyebab, di samping itu juga, kebakaran yang berlaku di israel menyebabkan rumah2 terbakar, orang yang ditindas ( palestin ) yang menolong memadam kebakaran tersebut walaupun mereka dizalimi oleh orang2 israel,tetapi sikap tolong-menolong dan bels kasihan masih wujud dalam diri umat islam , adakah umat islam masih dianggap pengganas kepada non-muslim.

    ReplyDelete
  6. ZULFA NAIMAH BINTI ISKANDARADLY
    A201502066
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pada pandangan saya, isu mengenai Islam dikatakan sebagai pengganas adalah sangat tidak masuk dek akal. Beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat Islam biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang lain. Seiring dengan perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi popular dalam memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan Islam itu sendiri. Ini juga dibuktikan dengan penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem “Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW serta menunjukkan salahfahaman terhadap Islam itu sendiri. Fenomena Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini dan juga mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam. Seiring dengan perkembangan Islamofobia ini, saya merasakan bahawa kefahaman dan kesedaran yang secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum mengenai isu ini. Maklumat dan informasi yang betul berdasarkan fakta dan bukti-bukti sahih mengenai Islamofobia akan dapat memberikan kefahaman yang sebaiknya dan seterusnya sedikit sebanyak akan membetulkan salah tanggapan ramai terhadap Islam.

    ReplyDelete
  7. MUHAMMAD FIRDAUS BIN FADHIL
    A201503084
    Pada pendangan saya memang tidak setuju. Pada pendapat saya mungkin perkara ini berlaku disebabkan orang islam itu sendiri. Cuba bayangkan kalau satu dunia umat islam mengamal kan cara hidup islam,bayangkan semua umat islam mengikut ajaran dan cara nabi Muhammad SAW, Mungkin pandangan agama lain terhadap islam akan berlainan, mungkin mereka akan memandang islam adalah agama yang sangat lembut dan bukan pengganas dan kemungkinan besar juga mereka akan terbuka hati untuk mengikut ajaran islam. Berdasarkan apa yang saya dengar di surau pada hari rabu 13 dec 2016 mengenai seorang sahabat dari myanmar menceritakan cara kaum rohingya melayan agama lain di myanmar dengan tidak sopan, mungkin ini adalah sebab atau faktor yang menyebabkan agama lain memikir bahawa umat islam tidak menyukai agama lain, dan ini juga munkin menjadi faktor berlakunya pembataian umat islam di seluruh dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SITI NUR FARINA BT HASSIM
      A201502047
      SPAKK

      Saya juga berpendapat yang sama,umat Islam itu juga haruslah mengamalkan dan menunjukkan akidah yang baik kepada agama lain supaya mereka akan memandang positif kepada umat Islam dan tidak menganggap agama Islam adalah agama pengganas.

      Delete
  8. ZALILAH BINTI MAT PIAH
    A201503075
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pada pandangan saya, saya tidak bersetuju dengan jika Islam dilihat sebagai pengganas, kerana Islam adalah agama yang tidak menyukai keganasan. Sesungguhnya Islam agama yang mencintai keamanan. Islam tidak menyuruh umatnya melakukan kerosakan, kejahatan, kemungkaran, kezaliman, kekerasan dan sebagainya. Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan yang menggugat keamanan negara dan dunia.

    Faktor pembantaian umat islam seluruh islam adalah akibat jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan As Sunnah. Kitabullah dan sunnah rasul-Nyalah yang akan mengangkat darjat dan martabat suatu bangsa. Dengannya Allah swt meneguhkan keyakinan kaum muslimin dalam melawan musuh-musuhnya. Demikian pula, Allah mengangkat suatu kaum dan merendahkan kaum yang lain. Jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya merupakan salah satu yang mengakibatkan umat Islam kini mempunyai konsep diri yang buruk sekali. berapa ramai anak-anak kita pada umur 9 tahun sudah hafal alquran. Jangankan menghafal, membacanya pun masih sangat jarang. Berapa ramai masa kini anak-anak kita yang paham bahasa al quran ?. Hanya untuk belajar matematik, bahasa inggris dan Bahasa yang lainnya kita rela untuk mengkursuskan anak-anak kita, sedangkan untuk bahasa arab kita hampir tidak perdulikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti syakirah binti mohd johari
      betul kata zalilah tentang jauhnya kita dengan al-quran dan al-sunnah menjadi salah satu faktor pembantaian umat islam. ini kerana al-quran dan al-sunnah menjadi panduan hidup kita untuk menegakkan agama islam. selain itu, zalilah ada juga mengatakan konsep diri yang buruk disebabkan jauhnya kita dengan panduan kita iaitu al-quran dan al-sunnah.

      Delete
    2. saya siti norfazirah binti ab ghani .sy setuju dengan petikan saudari Zalillah, hal ini kerana ramai masyarakat yang telah terposong dari ajaran al-Quran. Sejak dahulu lagi umat islam diamanahkan untuk sentiasa mengikut ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah

      Delete
  9. NAMA: NORFAZIRA BINTI MOHD ANNIS HAMLE
    PROGRAM: SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    NO MATRIK: A201502067

    Berikutan dengan itu, saya mengambil contoh “Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar”. Pada pandangan saya perkara ini merupakan suatu isu yang menyedihkan kepada seluruh masyarakat dunia terutamanya yang beragama Islam. Oleh itu, saya tidak setuju dengan situasi ini. Hal ini bertepatan dengan Sekretiat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam di Rohingya di Myanmar sekarang ini.
    Terdapat beberapa faktor pembantaian umat Islam di seluruh dunia. Antaranya, berikutan keganasan yang dimulai oleh umat Islam Rohingya dahulu. “Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain.”

    ReplyDelete
  10. SITI NUR FARINA BT HASSIM
    A201502047
    SPAKK

    Pada pendapat saya, saya sangat tidak bersetuju dengan perbantaian umat islam yang berlaku kini. Sebagai contoh perbantaian umat islam yang berlaku di Rohingya,mereka di bunuh seperti menyembelih haiwan.Islam apabila menjadi minoriti, di banyak negara, umat islam pasti ditindas dan diperlakukan seperti haiwan.Kes terbaru di India,tindakan yang dianggap sebagai serangan terhadap pendakwah Dr.Zakir Naik.Ia serangan yang jelas bermotifkan kepada ideologi politik yang estrim dan anti Muslim.Dengan pertuduhan terhadap Dr. Zakir Naik sebagai doktor keganasan oleh kerajaan India adalah tidak munasabah.Islam sering dianggap pengganas dan islam juga sering ditindas oleh penganut agama lain.Mengapa ini berlaku? Pandangan saya juga, kelakuan dan akidah umat islam juga sering dilihat oleh agama lain, jika umat islam sendiri mempamerkan sifat negatif kepada agama lain, berkemungkinan itu adalah faktor utama mengapa berlakunya perbantaian umat islam di seluruh dunia.Oleh itu, umat Islam juga harus kekalkan dan tunjukkan hemah mulia dari agama Islam itu sendiri terhadap agama lain.Umat islam juga harus sedar walaupun umat islam adalah majoriti, agama lain juga mempunyai hak kebebasan berdasarkan perlembagaan dan agama islam adalah agama yang suci dan jauh sekali daripada berlakunya keganasan dan pembunuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOR ATIKAH BINTI SULAIMAN
      A201502041
      SPAK3

      ya , betul apa yang diperkatakan siti nur farina . walaupun majoritiinya dinegara kita ini adalah orang islam . orang bukan islam juga mempunyai hak kebebasan untuk memilih agama . ada segelitir orang bukan islam tertarik untuk memasuki agama islam dan mereka ingin tahu keistimewaan agama islam itu.

      Delete
  11. Siti Syakirah Binti Mohd Johari
    A201502042
    Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Waalaikumusalam W.B.T
    Pada pandangan saya, saya tidak setuju apa yang dikatakan islam sebagai agama penganas kerana islam bukanlah agama penganas akan tetapi agama yang menyukai akan keindahan, keamanan dan kemakmuran antara satu sama lain. Di myanmar dikatakan islam adalah agama majoriti, dan masyarakat dunia dibuat seperti hamba saat kes-kes pembantaian besar-besaran kaum islam disana yang disebut etnis muslim rohingya. Di internet banyak gambar-gambar pembantaian yang menggemparkan masyarakat antarabangsa. Menurut berita-berita, ada banyak kes pembantaian dan ada juga masyarakat etnis tersebut yang tidak mempunyai tempat tinggal lagi dan harus tinggal di perkampungan kerana konflik agama ini. Pembataian ini pada awalnya adalah fitnah yang disebarkan oleh orang budha Rakhine terhadap minoriti terhadap orang rohingnya disana. Dimana dikatakan bahawa tiga orang pemuda islam telah membunuh dan merogol seorang wanita yang berusia 26 tahun. Pada awalnya, wanita itu dibunuh dan dirogol oleh teman lelakinya dan beberapa orang pemuda budha Rakhine. Kejadian berlaku disebabkan wanita itu ingin memutuskan hubungannya dengan teman lelakinya kerana jatuh cinta pada pemuda yang lain. Teman lelakinya sudah memujuk untuk tidak memustuskan hubungannya tapi ditolak oleh wanita tersebut lalu teman lelakinya marah dan mengajak beberapa rakannya untuk membalas dendam dengan membunuh dan merogol wanita tersebut. Teman lelakinya meletakkan mayat wanita tersebut dekat bandar orang islam. Selepas itu, orang-orang budha rakhine dan Burma menuduh bahawa orang islam yang membunuh wanita tersebut. Oleh itu, tiga pemuda islam yang tidak bersalah ditangkap dan dijatuhi hukuman. Inilah fakta yang telah ditunjukkan oleh pemerintahan budha Burma kepada dunia bahawasanya mereka berani mencipta peristiwa dan kes palsu untuk mencari kesempatan membunuh umah islam rohingnya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Afizatul solehah binti Abdul RAhman
      A201503082
      siji pendidikan awal kanak-kanak

      saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh siti syakirah kerana islam bukanlah agama penganas akan tetapi agama yang menyukai akan keindahan.

      Delete
  12. AMIRUL AIDIL BIN YUSOF
    A201502056
    SIJIL KEUSAHAWANAN (SK3)

    Pada pandangan saya, isu penindasan umat islam seluruh dunia ini amatlah perlu diambil berat atau perlu kita menanganinya dengan sebaik mungkin. Masalah yang sedang kita hadapi hari ini seperti isu penyekatan kemasukan orang muslim di U.S. yang dinyatakan oleh Donald Trump bakal presiden Amerika Syarikat. Beliau menyatakan bahawa kehadiran orang muslim di seluruh negara, hanya membawa kepada masalah 'terrorism' yang telah berlaku di Syria, Amerika dan sebagainya. Beliau juga telah menandakan sesetengah negara yang menghulurkan bantuan ketenteraan kepada U.S. sebagai negara 'terrorism' seperti France dan Germany kerana mempunyai jumlah penduduk muslim yang banyak di pusat bandar Brussel. Baru-baru ini, sesetengah orang menyatakan bahawa negara France yang berada di Eropah tidak lama lagi akan menjadi negara Islam. Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan isu ini dan kita perlu berbuat sesuatu untuk masa depan umat islam. Antara faktor pembantaian umat islam di seluruh dunia adalah disebabkan kesalahan yang dibuat oleh diri kita kerana semua manusia tidak terlepas dari kesalahan yang dibuat ketika di dunia. Sekian.

    ReplyDelete
  13. Nur Asyiqin Binti Abdul Jalil
    A201503081
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Waalaikummusalam w.b.t
    Pada pandangan saya, saya kurang bersetuju jika islam dianggap sebagai pengganas kerana Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Selain itu juga, keganasan atau menumpahkan darah manusia berlainan agama bukan tabiat orang Islam, sudah pasti ia bukan ajaran Islam. Bagaimana mungkin ajaran Islam hendak dikaitkan dengan keganasan, sedangkan jika dilihat peraturan peperangan dalam Islam itu begitu ketat.
    Faktor pembantaian umat Islam seluruh dunia pelarian seperti keganasan serta penindasan yang dilakukan oleh anggota tentera Myammar terhadap masyarakat Rohingya iaitu, bagaimana mereka dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat yang strategik, layanan buruk yang diterima daripada kelompok majoriti dan disyaki terlibat dalam pembunuhan mahupun menyokong kelompok Rohingya seperti memberontak, kes rogol, pencabulan terhadap wanita yang berlaku dengan berleluasa. Ini merupakan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat islam tanpa ada perikemanusiaan dan belas kasihan terhadap mereka. Hal ini mengakibatkan umat islam tidak munyukai umat lain terhadap penindasan di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Nur Ain Binti Mohd Rodzi
    A201503072
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Lihat di negara kita, Mesir, Jordan, Indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.
    Namun keadaan sebaliknya tidak berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Bosnia, Burma, Rusia dan beberapa negara lain. Bahkan dalam masyarakat Melayu, orang bukan Islam boleh berniaga dan maju di tengah-tengah kampung Melayu Muslim, namun sukar ditemui keadaan sebaliknya.
    Pandangan saya adalah keganasan atau menumpahkan darah manusia berlainan agama bukan tabiat orang Islam, sudah pasti ia bukan ajaran Islam. Bagaimana mungkin ajaran Islam hendak dikaitkan dengan keganasan, sedangkan jika dilihat peraturan peperangan dalam Islam itu begitu ketat.
    Sebelum Perjanjian Geneva wujud lagi, Islam 1,400 tahun yang lalu telah pun meletakkan pelbagai disiplin dan peraturan dalam peperangan. Jika Perjanjian Geneva tidak wujud pun, umat Islam tetap wajib mematuhi peraturan-peraturan perang. Bukan sekadar menjaga nama baik kerajaan, bahkan itu adalah arahan agama.
    Peperangan bukan untuk membanyakkan penumpahan darah, sebaliknya untuk memelihara kebenaran dan keadilan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya) dan perangilah di jalan allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.

    ReplyDelete
  16. MAZIDAA BINTI RAZALI
    A201503074
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pada pandangan saya , saya langsung tidak bersetuju dengan pembantaian umat islam di seluruh dunia kerana agama islam bukan agama yang menindas tetapi islam adalah agama yang mudah dan mementingkan kedamaian dan keamanan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim, Baginda Nabi Muhammad SAW menyebut, Wahai manusia! Jangan kamu bercita cita bertembung dengan musuh mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak)

    Beberapa faktor pembantaian umat islam adalah akibat jauhnya umat islam dari kitabbullah dan as-sunnah. Kitabullah dan sunnah Rasulnyalah yang mengangkat pangkat dan martabat sesuatu bangsa dengannya Allah SWT meneguhkan keyakinan kaum muslimin dalam melawan musuh-musuhnya. Dengannya pula Allah SWT mengangkat suatu kaum dan rendahkan kaum yang lain. Nabi Muhammad SAW akan datang pada umatku suatu zaman yang tidak tersisa dari al-Quran kecuali tulisannya. Masjid mereka ramai akan tetapi sepi dari petunjuk ulama mereka sehina-hina manusia di kalangan langit darinya keluar fitrah dan kepada mereka fitrah tersebut kembali. (HADITH RIWAYAT BAIHAQI). Manakala faktor kedua taklid (ikut-ikutan) Rasulullah SAW dalam hadis nya sungguh kalian akan mengikut cara-cara sunnah gaya-gaya orang-orang sebelum kalian satu jengkal,satu hasta, satu depa secara bertahap sehingga mereka sampai memasuki lubang biawak sekalipun kalian akan mengikutnya”. Para sahabat bertanya “Yahudi dan Nasrani?” jawab Rasul “siapa lagi kalau bukan mereka”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Nurul Amira bt Abd Manaf amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Mazidaa Bt Razali kerana agama islam amat menitikberatkan keamanan.Umat islam hendaklah menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola agar kita tidak termakan dengan fitnah-fitnah daripada pihak yang ingin menjatuhkan agama Islam yang sedang menular pada zaman ini dan tetap berjuang dalam agama islam dengan pelbagai cara ..Terima Kasih .

      Delete
    2. Saya Nurul Amira bt Abd Manaf amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Mazidaa Bt Razali kerana agama islam amat menitikberatkan keamanan.Umat islam hendaklah menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola agar kita tidak termakan dengan fitnah-fitnah daripada pihak yang ingin menjatuhkan agama Islam yang sedang menular pada zaman ini dan tetap berjuang dalam agama islam dengan pelbagai cara ..Terima Kasih .

      Delete
  17. NOR ATIKAH BINTI SULAIMAN
    A201502041
    SIJIL PEN.AWAL KANAK-KANAK

    Assalammualaikum , bagi pandangan saya , saya sangat tidak setuju jika ada yang mengatakan agama islam ini adalah agama pengganas.ini kerana semenjak daripada dahulu islam sentiasa memberikan keadilan dan kesaksamaan dikalangan semua manusia.sebagai contoh , ramai golongan minoriti yang bukan islam diberi kesempatan untuk membina kehidupan mereka ditengah-tengah masyarakat islam diserata dunia.seperti di mesir , jordan , indonesia , dan dinegara-negara lain.walaupun masih ada banyak kekurangan yang tertentu.namun , orang bukan islam tidak pernah diseksa , di bunuh kejam dan tiada langsung pertumpahan darah yang berlaku seperti di palestin . Orang islam kita dibunuh dengan kejam tanpa ada belas kasihan.

    Isu berkaitan pembantaian di kalangan umat islam pula , contonya seperti tragedi yang berlaku , di tanjung priok 12 september 31 tahun yang lalu masih meninggalkan kesan yang amat dalam sehingga kini . Umat islam kita pada masa dulu dikatakan menerima pelbagai tekanan semenjak mereka menolak untuk memberi keizinan kepada para tokoh-tokoh masyumi nuntuk berpolitik dikawasan mereka.semenjak itu , mereka mula dipinggirkan , tidak langsung dihiraukan. Suharto pada masa itu hanya memberi keutamaan kepada orang yang dekat dengannya itupun hanya daripada kalangan orang bukan islam sahaja.umat islam dipinggir , ditindas hanya kerana tidak memberi keizinan untuk berpolitik.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. AINA SYAHIRAH BT ROSLAN
    A201502043
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pada pandangan saya, saya tidak bersetuju dengan keyataan yang mengatakan bahawa agama Islam merupakan agama pengganas. Saya juga tidak bersetuju dengan pembantaian umat Islam di seluruh dunia. Antara faktor pembantaian umat Islam di seluruh dunia ialah terjadinya pepercahan di kalangan umat. Banyaknya organisasi – organisasi dan parti-parti umat Islam yang diakibatkan kerana umat Islam sekarang ini tidak mempunyai nilai konsep persatuan dan kesatuan fikroh pemikiran dan akidah semua kerana mereka merasa dirinya dan tidak bersikap dewasa iaitu sikap bahawa antara gerakan yang satu memerlukan gerakan yang lain.

    Faktor yang seterusnya ialah, faktor adanya pertempuran antara haq dan bathil. Salah satu perlayaran berharga bagi umat Islam adalah ‘Perang Salib’ yang menggunakan berbagai dimensi pertempuran secara politik dan perang di dataran keagamaan. Musuh-musuh Islam menggunakan berbagai cara mereka iaitu dari berbagai macam kelompok iaitu orang yang tidak beragama, atheis, yahudi, musyrikin, nasrani dan munafik. Imam Syafie dalam tafsir Ibnu Katsir di Surah Al Kafirun menyatakan : apapun jenisnya kekufuran itu merupakan satu pokok ajaran. Merak abersatu padu untuk membnagunkan satu kesepakatan dan konspirasi yang selanjutnya mereka menggunakan berbagai macam cara.

    ReplyDelete
  20. NUR SHAFIQAH BINTI WAHAB
    A201502070
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


    Pada pandangan saya,saya tidak setuju dengan pembantaian umat islam di seluruh dunia kerana sebahagian besar umat islam dibantaian oleh tentera eropah pada tanggal 15 july 1099,pembantaian menyebabkan membanjiri darah.

    Faktor pembantaian umat islam adalah pembantaian umat islam di jeressalem dalam perang salib,penaklukan ini, umat islam dibantai dengan sangat keji.Beberapa puluh tahun umat islam berhasil merebutkan kembali dengan jalan damai dibawah pimpinan salahuddin al ayubi.sebagai contoh pembantaian dan pengusiran umat islam di granada spanyol pada tanggal 1 april yang kemudiannya digantikan sebagai april mop(april fools day)

    ReplyDelete
  21. NURUL IZZATI BINTI MOHD ROSLY
    A201502040

    pada pendapat saya, saya tidal bersetuju kerana islam adalah satu agama yang sangat suci dan murni. antara faktornya ialah spekulasi yang terjadi di antara masyarakat myammar sendiri mengenai etnis minoritas muslim rohingnya telah membuat konflik itu makin hari makin membesar. masyarakat myammar tidak pernah mengakui muslim rohingnya sebagai bahagian dari penduduk mereka. sebaliknya, mereka menyebut kaum minoritas itu sebagai pendatang haram dari begladesh dan spekulasi lainnya yang berupa penolakan terhadap keberdaan etnis muslim rohingnya.

    ReplyDelete
  22. SARIPAH AIDA BINTI SHAMSUDIN
    A201502045

    Pada pendapat saya, saya memang tidak bersetuju. hal ini kerana islam bukan satu agama yang menganjurkan keganasan, bahkan islam adalah satu agama yang membawa kebenaran. Tidak adil sekiranya masyarakat dunia melabelkan islam sebagai agama keganasan secara suka dengan hanya mengambil kira sikap dan pemahaman segelintir golongan umat islam yang agak radikal dalam tindak tanduk.
    Antara faktor pembantaian umat islam pula adalah disebabkan perbezaan dan pemahaman agama. Selain itu juga disebabkan oleh konflik penerimaan masyarakat dalam sesebuah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pandangan saudari. Disebabkan pemahaman agama, ramai masyarakat yang berpecah belah pada zaman kini. Islam adalah agama yang mengamalkan hidup bermasyarakat berbilang agama dan kaum. Janganlah disebabkan perbezaan agama, masyarakat terus berperang untuk mendapatkan keadilan masing masing.

      Delete
  23. NORADILA BINTI BUKHARI
    A 201503080

    Asalamualikum,
    Pada pendapat saya berkaitan isu penindasan umat islam di seluruh dunia pad masa kini adalah sangat tidak patut. Hal ini kerana, keganasan yang berlaku dalam islam pada hari ini adalah berpunca daripada orang yang bukan beragama islam itu sendiri. Hal ini boleh kita lihat dari pada peperanagn yang berlaku di syria sekarang ini adalah bermula dari pengaruh orang bukan islam iaitu puak syiah. Syiah adalah puak yang mengatakanbahawa mereka berpegang dengan ajaran agama islam yang sebenar tetapi hakukatnya mereka menyalah gunakan ajaran islam itu sendiri. Hal ini juga berlaku kerana perebutan kuasa antara pemimpin yang berada di syria. Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan penindasan umaut islam yang semakin berleluasa kala ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NURUL AKMA SYAFIKAH BINTI ABDUL GHANI
      (A201502055) (SK063)
      Waalaikumusalam w.b.t
      Saya bersetuju dengan pendapat Noradila binti Bukhairi mengenai ini. Jika kita lihat peta dunia sebelum 1945, Israel sebenarnya tidak wujud. Kumpulan yang digelar pengganas oleh British ini berjuang mendapatkan negara untuk Yahudi. Akhirnya mereka ini merampas tanah Palestin, bunuh dan usir penduduk Palestin daripada negara mereka sendiri. Hari ini apabila rakyat Palestin berjuang pula untuk mendapatkan semula Palestin, mereka pula digelar pengganas oleh Israel. Hilter semasa Perang Dunia Kedua telah mengusir lebih 6juta Yahudi dari bumi Jerman, sebahagian mereka lari ke Palestin dan diterima dengan baik oleh penduduk di sana. Jika Yahudi mahukan kembali tanah mereka, mereka sepatutnya pulang ke Jerman dan Eropah untuk menuntut hak mereka bukannya Palestin. Bayangkan rakyat Palestin menyambut kedatangan orang Yahudi bagaikan menyambut tetamu datang ke rumah. Selepas beberapa hari tetamu tersebut mengusir tuan rumah keluar, dan apabila tuan rumah tuntut rumahnya kembali dia pula digelar pengganas. Inilah hakikatnya yang berlaku pada dunia hari ini. Rakyat Palestin digelar pengganas hanya kerana mereka menuntut hak mereka di Palestin. Apa yang lebih malang, negara nombor satu paling berkuasa didunia bersetuju dengan dakwaan pengganas Israel ini.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. ZALILAH BINTI MAT PIAH
      A201503075
      SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
      Waalaikummusalam,saya bersetuju dengan pandangan noradila binti bukhari,berkaiatan tentang isu penindasan umat islam, kerana peperangan yang berlaku pada masa kini,berpunca daripada orang bukan islam,yang tidak berpuas hati dengan umat islam. mereka tidak mahu melihat umat islam hidup dengan keamanan dan kedamaian.oleh itu,mereka menindas umat islam di seluruh dunia ini.

      Delete
  24. SAIDATUL NADIA BINTI IDRIS
    A201503078
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


    Pada zaman kini, Islam dilihat sebagai agama pengganas . Namun begitu, apa yang dapat dilihat pembantaian umat Islam di seluruh dunia semakin berleluasa .

    Apakah pandangan anda bagi situasi begini ?

    Adakah anda bersetuju ?

    Apakah faktor pembantaian umat Islam di seluruh dunia ?

    Jawapan
    - Ya, saya bersetuju bahawa umat Islam sekarang sedang dibantai dan ia sememangnya sedang berlaku terhadap umat islam. Agama Islam dilihat sebagai pengganas adalah isu yang sedang diperkatakan atas sebab satu kelompok yg membawa ideologi manhaj yang cenderung ke arah keganasan. Kebiasaannya umat Islam di negara yang diperintah oleh orang bukan Islam diperlakukan sedemikian . Kerana, umat Islam di negara tersebut adalah golongan minoriti sepertimana di Arakan dimana etnik Rohingya tidak bersenjata seperti personel tentera . Adapun negara Islam itu sendiri seperti Yemen, ia disebabkan berlaku campurtangan luar dari Iran, kelompok Hezbollah dari Lubnan, dan kumpulan remaja beragama syiah dari Syria untuk memerangi orang Islam di Yemen kerana jumlah mereka yang bersenjata itu ramai . Manakala di Syria pula, kerajaan yang dipimpin oleh Basyar dibantu oleh Russia untuk membasmi orang Islam terutama di Aleppo .

    Antara faktor-faktor pembantaian umat Islam di seluruh dunia adalah disebabkan ketakutan orang kafir itu sendiri terhadap orang Islam dimana imej Islam itu diburukkan dan dimomokkan dengan ideologi pengganas yang dibawa oleh IS . Sekaligus, agama Islam tersebut dipandang serong oleh orang kafir bahkan, orang kafir itu jauh dari agama Allah dan timbul isu ISLAMOPHOBIA .

    Faktor seterusnya, kerana orang Islam sendiri salah beragama menyebabkan orang kafir "menghajar" orang Islam tersebut sepertimana yang terjadi pada kesultanan Melayu Melaka . Pengamalan ilmu kebal yang mensyirikkan Allah semakin berleluasa menyebabkan British dan Belanda mampu menguasai mereka kerana syaitan tidak mahu membantu pengamal ilmu kebal itu ketika berperang dengan orang kafir agar mereka mati di dalam kesyirikkan . Dan itulah JERAT IBLIS .

    Faktor seterusnya, orang Islam tidak mengambil panduan dari al-Quran dan as-Sunnah dalam rangka untuk berjihad serangan mahupun pertahanan . Dan segala hukum ditentukan atas dasar nafsu mahupun "rasa hati", dan dinilai dengan akal "benda baik, apa salahnya ."

    Faktor seterusnya, orang Islam berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik acuan demokrasi . Bahkan perkara ini menyebabkan orang Islam sesama Islam akan bertelagah lalu orang kafir mengambil kesempatan untuk "menyapu" kesemua orang Islam dari segala sisi seperti ekonomi, hak asasi, nyawa dan sebagainya .

    Akhir kalam, orang Islam di dunia ini ramai . Tetapi, kenapa orang kafir tidak takut untuk melawan orang Islam ? Mari sama-sama kita renungi hadith Nabi Muhammad SAW ini .

    Dari Tsauban r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hampir sahaja para umat(orang kafir dan orang yang sesat) mengerumuni kalian dari segenap penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring ." Kemudian seseorang bertanya, "Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami(orang Islam) pada saat itu sedikit ?" Rasulullah bersabda, "Bahkan kalian ramai pada saat itu . Akan tetapi kalian bagaikan sampah yang dibawa oleh air hujan . Allah akan MENGHILANGKAN RASA TAKUT pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian al-wahn ." Kemudian seseorang bertanya, "Apa itu al-wahn ?" Rasulullah SAW bersabda, "Cinta dunia dan takut mati ." (Riwayat Abu Daud : 4297, Ahmad 5:278)

    Semoga penyakit al-wahn tidak masuk ke dalam hati-hati kita .

    ReplyDelete
  25. NOOR SHAFIQAH SOLEHAH BINTI SAKDI
    A 201502051

    Assalammualaikum,
    Pada pandangan saya, pada pandangan saya pembantaian umat islam yang terjadi di dunia ialah disebabkan terdapat pelbagai kefahaman yang berlainan dalam agama islam contohnya individu mempunyai fahaman yang tidak sama dengan agama islam seperti boleh melakukan perkara yang menyalahi undang-undang islam seperti membunuh sesama islam. Oleh yang demikian, ini yang terjadi di dalam dunia ini dan sangat popular isu semasa sekarang. Selain itu, banyak konflik seperti merebut harta seperti mahu merampas tempat yang mempunyai hasil kekayaan yang dapat keuntungan yang sangat besar sehingga sanggup menjejaskan orang-orang islam sesama sendiri tanpa ada belas kasihan. Bagi situasi seperti ini saya amat tidak setuju kerana ia semestinya akan
    mengalami impak yang buruk kepada umat islam di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu pembantaian umat islam di Arakan dan Rohinya amat tidak berperikemanusiaan. Tidak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun, amat tidak wajar mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan semakin menggalakkan campurtangan tentera bagi malakukannya. Malah, apabila ditanya mengenai perkara berkenaan. meraka masih boleh tersenyum dan menyatakan bahawa semuanya adalah masalah dalaman negara dan mendesak supaya untuk tidak campurtangan dalam hal mereka. ini sangat bertentangan dengan kod moral kemanusiaan

      Delete
  26. NURULZATUL NADIA BINTI SUHAIMI(201502068)
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    Pada pandangan saya, saya sangat tidak mempersetujui tentang perkara ini. Situasi ini berkemungkinan besar disebab kan penganut agama syiah (ISIS) yang seakan-akan iras dengan agama islam yang bertindak zalim dan membuat propaganda terhadap agama lain yang menyebabkan penganut agama lain mengangap islam yang melakukan perkara zalim tersebut. Ini disebabkan pengganut agama lain menganggap islam adalah agama pengganas, sedangkan islam adalah agama yang sangat berdisiplin dan mulia. Ini juga adalah faktor yang menyebabkan berlakunya pembantaian dan penindasan terhadap agama islam.

    ReplyDelete
  27. NURULZATUL NADIA BINTI SUHAIMI(201502068)
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    Pada pandangan saya, saya sangat tidak mempersetujui tentang perkara ini. Situasi ini berkemungkinan besar disebab kan penganut agama syiah (ISIS) yang seakan-akan iras dengan agama islam yang bertindak zalim dan membuat propaganda terhadap agama lain yang menyebabkan penganut agama lain mengangap islam yang melakukan perkara zalim tersebut. Ini disebabkan pengganut agama lain menganggap islam adalah agama pengganas, sedangkan islam adalah agama yang sangat berdisiplin dan mulia. Ini juga adalah faktor yang menyebabkan berlakunya pembantaian dan penindasan terhadap agama islam.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Afizatul solehah binti Abdul Rahman
    A20503082
    Sijil pendidikan Awal Kanak-kanak

    Pada pendapat saya , saya tidk setuju kerana terdapat beberpa sumber di berita seorang tokoh bisu Nasionlis Wirnthu mengungkapkan alasan konfik agama yang terjadi di myammar. Alasannya adalah kerana takut myammar akan seperti negara indonseia setelah agama islam masuk pada abd ke-13 dan akhirnya berhasil menyebar dan menjadi agama myoritas pada akhir abad ke-16 kususnya di pulau-pulau besar. Seharusnya manusia meliliki hak untuk melilih agama yang ingin dianut dan orang-orang dengan kepercayaan lain tetapi toleransi meskipun kepercayaan dan keyakinannya berbeza satu sama lain. Jika memang agama yang baru masuk dan menjadi myoritas mestinya ia bukan menjadi alasan suatu pembantaian dibenarkan. Biarlah hal ini menjadi pelajaran berharga bagi kita untuk semakin memperkuat toreransi antara agama agar berita semacam kes pembantaian muslim myammar tidak terjadi di setiap negara.

    ReplyDelete
  32. NURUL AMIRA BINTI ABD MANAF
    A201502048
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    Pada pandangan saya ,saya amat tidak bersetuju mengenai islam sebagai agama keganasan.Ini kerana ,agenda dan konspirasi ini adalah sebuah fitnah yang paling besar dalam perjalanan sejarah umat Islam. Fitnah yang muncul di sepanjang sejarah. Bermula dengan fitnah Islam dikembangkan di hujung mata pedang.Kini Islam agama pencetus keganasan setelah berlaku peristiwa 11 Sepetember 2001.Ia adalah musibah yang sengaja disasarkan ke atas umat Islam. Ia bukan sahaja ditujukan untuk mencemarkan imej dan penyebaran Islam malahan sasarannya lebih daripada itu. Sasarannya ialah untuk membunuh agama ALLAH ini dan melumpuhkan umat islam ini supaya tidak lagi berani berjuang atas nama Islam.
    keganasan ini berlaku adalah akibat daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menindas, membunuh, mencabuli kedaulatan dan mencederakan orang Islam dan negara Islam keseluruhannya.Golongan ini adalah golongan yang berpendapat bahawa tiada jalan lain yang dapat dilakukan bagi menyuarakan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan keatas orang islam dan negara islam itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya Mazidaa binti Razali bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Nurul Amira binti Abd Manaf. zaman era globalisasi sekarang memang benar fitnah tentang agama itu menular di seluruh dunia. Islam memang benar bukan agama yang menindas malah mengekalkan kedamaian. :) jadi kita sebagai umat islam perlu bersatu padu untuk menjaga kedamaian dan kesejahteraan agama islam dari fitnah-fitnah anasir-anasir jahat. :) sekian terima kasih......

      Delete
  33. Nurul shahida binti makhtar
    (A201503071)
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pada pandangan saya, saya sangat tidak setuju jika agama islam dikatakan sebagai agama pengganas kerana apa yang dilihat pembantaian umat islam di seluruh dunia semakin berleluasa secara tidak langsung, tindakan mengakibatkan munculnya fitnah terhadap islam. Maka hari ini islam dan umatnya dipandang serong dan dianggap sebagai agama yang menganjurkan keganasan. Contohnya, umat islam di negara Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lagi sering kali tentukan akibat fitnah dan propaganda barat ini. Dengan ini, apa sahaja tindakan berbentuk keganasan oleh umat islam bukanlah mencerminkan ajaran islam itu sendiri. Islam menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Malah, dalam islam aspek kasih sayang serta mengambil berat terhadap sesama islam khususnya dari masyarakat lain secara amnya adalah akhlak yang ditekankan di dalam islam. Antara faktor pembataian umat islam di seluruh dunia ialah kerana perbezaan agama yang berlainan dalam sesebuah negara.

    ReplyDelete
  34. NURUL AMIRA BINTI ABD MANAF
    A201502048
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    Pada pandangan saya ,saya amat tidak bersetuju mengenai islam sebagai agama keganasan.Ini kerana ,agenda dan konspirasi ini adalah sebuah fitnah yang paling besar dalam perjalanan sejarah umat Islam. Fitnah yang muncul di sepanjang sejarah. Bermula dengan fitnah Islam dikembangkan di hujung mata pedang.Kini Islam agama pencetus keganasan setelah berlaku peristiwa 11 Sepetember 2001.Ia adalah musibah yang sengaja disasarkan ke atas umat Islam. Ia bukan sahaja ditujukan untuk mencemarkan imej dan penyebaran Islam malahan sasarannya lebih daripada itu. Sasarannya ialah untuk membunuh agama ALLAH ini dan melumpuhkan umat islam ini supaya tidak lagi berani berjuang atas nama Islam.
    keganasan ini berlaku adalah akibat daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menindas, membunuh, mencabuli kedaulatan dan mencederakan orang Islam dan negara Islam keseluruhannya.Golongan ini adalah golongan yang berpendapat bahawa tiada jalan lain yang dapat dilakukan bagi menyuarakan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan keatas orang islam dan negara islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. NUR AZIZAH MUBARAKAH BINTI MOHD HABIBULLAH
    A201502053

    Waalaikumsalam w.b.t


    Pada pandangan saya, saya tidak setuju jika Islam dilebel kan sebagai agama pengganas. Ini kerana, jika setiap individu beragama Islam menjadikan Alquran dan assunah sebagai panduan hidup pasti nya Islam kan terlihat sebuah agama yang indah. Kerana panduan hidup Islam itu menyeluruh.


    Pembantaian umat Islam di seluruh dunia terjadi kerana faktor kurang ilmu dan Iman dalam diri setiap individu beragama Islam Dan menjadikan orang-orang Islam itu nmpk lemah.
    Maka bertakwa kepada Allah s.w.t. Juga perlu kita ketahui bahawa musuh-musuh Islam sentiasa berniat bagi menghancurkan dan melenyapkan Islam dan kaum muslimin. Oleh itu mereka akan mengunakan pelbagai cara menjatuhkan,menzalimi dan menindas orang-org Islam.
    Allah berfirman yang bermaksud "Mereka ingin kamu menjadi kafir seperti mana mereka telah menjadi kafir lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)"-(Surah an-Nisa:89)

    Maka marilah kita bersatu bertakwa supaya Islam itu terus kuat dan tidak lagi dizalimi Dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.

    Firman Allah s.w.t bermaksud "Dan berpegang-teguhlah kamu semua pada tali Allah(agama Islam) , dan jangan lah kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu),lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu den gan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka(disebbkan kekufurankamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebab nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya"_(surah ali-Imran:103)


    InsyaAllah Islam akan gemilang suatu hari nanti dan dipandang tinggi oleh musuh-musuh Islam . (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. SARIPAH AIDA BINTI SHAMSUDIN
      A201502045

      Mengikut pandangan yang diberikan oleh azizah saya sangat bersetuju. Kerana islam adalah agama yang suci harmoni dan bebas dari kekerasan keganasan. jadi kita kita sebagai seorang muslim hasur berpegang teguh pada al-Quran dan as-Sunnah. hal ini apabila seorang muslim mempelajari agama islam dengan betul dan jadikan panduan hidup pasti masyarakat islam hidup dalam aman damai tiada bermusuh-musuhan. jadi setiap orang muslim perlu selalu belajar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri mereka.

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Mohd Azim Zulhakim Bin Mohd Zaini
    A201502063 (SK063)

    Waalaikumusalam w.b.t

    Pada pandangan saya, saya tidak bersetuju mengenai Agama Islam ialah Agama pengganas. Islam itu sendiri bermaksud selamat, di dalam nama nama Allah ada satu nama Allah yang bermaksud yang maha penyayang dan yang maha pengasih. Dimanakah pernyataan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama yang mempromosikan keganasan dan ketidak adilan kepada manusia khasnya. Semua Agama mempunyai orang-orang yang sesat dan tidak betul yang cuba untuk menghancurkan Agama. Faktor mereka mengatakan Agama Islam Agama pengganas kerana mereka melihat sebuah organisasi pengganas yang bertopeng kan Islam iaitu Isis.
    Selain itu, apakah faktor penindasan Umat Islam sedunia? Di dalam Mafhum Hadith, Rasullah bersabda di akhir zaman Umat Islam banyak nya sebanyak buih di lautan tetapi mereka dijangkiti penyakit 'Wahan'. Apakah itu 'Wahan' ? "حبالدنيا والحاوف لمون" maksud nya cinta kan dunia, takut kan maut. Inilah tanda atau asas bahawa Umat Islam ditindas di seluruh dunia kerana penyakit 'Wahan' . Justeru itu, Umat Islam haruslah bangkit dari keasyikan dunia dan mengejar Halawatul Iman dengan kembali kepada Allah dan Rasul nya memetik kata pujangga kebenaran walau zahir nya nampak lemah tetapi akan mengatasi kezaliman walau zahir nya nampak hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penindasan umat islam seluruh dunia semakin menjadi-jadi. Seperti yang dinyatakan oleh Donald Trump dari sebuah kempen yang dijalankan olehnya di Amerika Syarikat, iaitu islam adalah golongan pengganas dan tidak boleh memasuki kawasan U.S. kerana mereka tidak mahu keganasan tetapi mereka mahu orang yang baik.

      Delete
  40. MOHD SOFIAN BIN SAMSUDIN
    A201502064
    SIJIL KEUSAHAWANAN

    Saya tidak bersetuju jika mengatakan islam sebagai agama pengganas. Keganasan yang selalu dilakukan hakikatnya bukan agama kita yang lakukan. Oleh demikian, mungkin agama lain menganggap agama kita lemah. Kezaliman atau menumpahkan darah sudah semestinya bukan ajaran agama islam. Sebab saya tidak bersetuju dikatakan islam sebagai agama pengganas kerana islam adalah agama yang menyuruh kepada keamanan, membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka mengasaskan agama masing-masing dengan cara masing-masing, bukan dari petunjuk Allah SWT. Contohnya saya melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat islam di Myanmar. Umat islam diseksa dan dibunuh secara kejam. Saya tertanya-tanya adakah agama islam yang patut digelarkan pengganas atau agama lain. Tetapi kenapakah islam pula dilabelkan sebagai penindas sedanglan agama islam memerangi penindasan. Saya pelik, adakah agama islam yang mencetuskan perang dunia kedua, tentu jawapannya tidak. Tetapi kenapa islam dilabelkan sebagai pengganas. Oleh sebab itu saya tidak bersetuju bila agama islam dikatakan sebagai pengganas.

    Maka marilah kita bersatu padu untuk terus kuat dan tidak lagi dianggap lemah, diseksa, tidak dipermainkan oleh agama lain dam akhir sekali supaya kita tidak dilabelkan sebagai PENGGANAS..
    Allahuakbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AINA SYAHIRAH BT ROSLAN
      A 201502043
      SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

      saya besetuju dengan pernyataan yang diberikan oleh sofian dimana ia mengatakan bahawa agama Islam merupakan bukan agama pengganas. Agama Islam merupakan agama yang suci . agama islam merupakan agama yang mementingkan kepada kemananan dan menyembah kepada Allah S.W.T. Kita juga seharusnya berusaha untuk menegakkan agam Islam supaya tidak ditindas oleh agama yang lain berada di seluruh dunia.

      Delete
  41. MUZAMIR BIN MOHD SAAD
    (A2015020)
    SIJIL KEUSAHAWANAN (SK063)

    Waalaikumusalam w.b.t
    Pada pendapat saya,di negara kita ini jelas bahawa kita harus saling menghormati kepercayaan orang lain meskipun berbeza.Saya juga tidak bersetuju dengan tanggapan tentang islam dianggap pengganas.kita kaitkan dengan konflik yang terjadi di pelestina.Pembantain muslim pelestina seperti jadi "pertunjuk layar kaca paling lama" yang pernah di putar.Mempertontonkan kebiadapan israel laknatullah,episode demi episode ditanyangkan tiap waktunya kepada kaum muslim.faktor pembantaian terhadap muslim kerana sifat kekejaman orang yahudi yang ingin menghapuskan muslim didunia kerana musuh utama penganut yahudi ialah islam.

    ReplyDelete
  42. MOHAMAD SHAFIQ BIN MOHD MAZLAN
    A201502059 (SK063)
    SIJIL KEUSAHAWANAN

    Assalammualaikum
    Saya tidak bersetuju dengan dakwaan islam sebagai pengganas. Pengganas tidak mengira agama, bangsa dan jantina. Status pengganas hanya dilabel oleh sebelah pihak yang hanya melihat tanpa mengetahui cerita sebenar disebaliknya. Bagaimana jika mereka cuba berjuang semata-mata untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan tanah air mereka dari dijajah. pihak media hanya mencanang perkara yang mengelirukan sehinggakan pemerhati melihat perkara tersebut sebagai satu keganasan. Cuba kita bayangkan jika rumah kita diceroboh, sudah tentu kita akan menghalang si penceroboh tersebut walau apa cara sekalipun. tetapi pihak media hanya memaparkan berita bahawa tuan rumah telah mengkasari si mangsa tanpa penjelasan yang lengkap. situasai ini sama dengan apa yang telah terjadi kini di Plestin. Setelah negara mereka dijajah oleh pihak zionis, mereka mula menentang. tetapi pahak media hanya mamaparkan perkara seperti pembunuhan yang dilakukan oleh puak penentang tanpa menerangkan mengapa mereka berbuat demikian. Dengan itu, saya tidak bersetuju dengan tanggapan islam sebagai pengganas.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. NURHIDAYAH BINTI AZIZ
    A201502050
    SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pada pandangan saya,saya sangat tidak bersetuju mengenai islam sebagai agama keganasan.Ini disebabkan Kedatangan Islam adalah sebagai rahmat kepada sekalian umat manusia dan sudah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai agama yang harmoni dan sejahtera. Atas dasar itulah ia dapat diterima oleh semua masyarakat di seluruh pelosok dunia.Namun, sejak akhir-akhir ini kita berhadapan dengan serangan pemikiran sekular yang sangat ganas menerjah akidah umat Islam dan usaha musuh Islam secara tersusun mencorakkan dunia bertujuan meletakkan Islam di kandang orang salah.Kuasa besar dan musuh Islam sedang ghairah membidik sasaran, menumpahkan darah umat Islam secara keji, mengganggu sistem yang diciptakan oleh Islam dan mewujudkan konflik mazhab serta fahaman sehingga berlaku pergolakan antara sesama umat Islam.Bukan hanya sekadar memecahkan kesatuan Islam.selain itu,mereka terlalu aktif melaga-lagakan golongan agama supaya masyarakat Islam tidak lagi menghormati institusi keagamaan. Tambahan pula,dengan budaya ekstrim yang sedang membarah sehingga melahirkan manusia yang hilang jati diri Muslim,malah menjadi musuh untuk menghancurkan Islam.Faktor keganasan dalam islam pula adalah pada masa kini umat Islam dan negara-negara Islam cukup tertindas. Di Bosnia-Herzegovina, Palestin, Iraq, Somalia, Sudan, Libya, Iran, India dan Chechnya, umat Islam sebenarnya yang menjadi mangsa.
    Malah keganasan mereka itu adalah reaksi kepada apa yang mereka sifatkan sebagai keganasan terhadap mereka. Tetapi kita diberi tanggapan bahawa umat Islam sememangnya pengganas, bahawa Islam menganjurkan tindakan ganas yang tidak rasa rasional.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Siti NorFazirah Binti Ab.Ghani
    A201502052
    Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Pada pandangan saya. Saya tidak setuju islam sebagai agama keganasan kerana sejak dahulu islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia.lihat sahaja,begitu ramai golongan minoriti bukan islam dapat hidup di tengah-tengah masyarakat islam di serata dunia. Lihat di negara kita,mesir,jordan,indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.
    Selain itu,Di Myanmar boleh dikatakan Muslim adalah agama majoritinya islam dan masyarakat dunia dibuat terpengaruh saat ada kes pembantaian besar-besaran kaum Muslim disana yang disebut etnis Muslim Rohingya. Bahkan di internet banyak gambar-gambar tersebar pembantaian tersebut yang menggemparkan masyarakat dunia.

    ReplyDelete
  47. Siti NorFazirah Binti Ab.Ghani
    A201502052
    Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Pada pandangan saya. Saya tidak setuju islam sebagai agama keganasan kerana sejak dahulu islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia.lihat sahaja,begitu ramai golongan minoriti bukan islam dapat hidup di tengah-tengah masyarakat islam di serata dunia. Lihat di negara kita,mesir,jordan,indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.
    Selain itu,Di Myanmar boleh dikatakan Muslim adalah agama majoritinya islam dan masyarakat dunia dibuat terpengaruh saat ada kes pembantaian besar-besaran kaum Muslim disana yang disebut etnis Muslim Rohingya. Bahkan di internet banyak gambar-gambar tersebar pembantaian tersebut yang menggemparkan masyarakat dunia.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Muhammad Alif Bin Abu Hashim A201502065
    sya rasa agama Islam bkn agama pengganas tetapi manusia itu sendiri yg mengubah undang2 Islam itu utk menakluki dunia ini

    ReplyDelete